Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Tingkatkan Prestasi Ke Tahap Maksima Dan Berkekalan Untuk Masa Yang Lama

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-12-21
in BULETIN, UTAMA
0

Setiap kali berbicara tentang penjagaan motosikal, dua perkara yang sentiasa diutamakan iaitu kecekapan dan juga prestasi. Di era teknologi yang kian pesat berkembang dan segera tular dan mudah mempengaruhi ‘kuasa’ pembeli, pemilik semakin bijak mencari produk yang bukan hanya berkesan tetapi juga boleh digunakan untuk masa yang lama tanpa membelakangkan prestasi!

Di sinilah Evolube memainkan peranan penting sebagai salah satu jenama yang sentiasa menawarkan produk penjagaan motosikal terkini dan terbaik. Sebelum ini, Roadstar pernah bercerita tentang minyak Ester Series dan Ester Racing dari Evolube. Kali ini, Roadstar mengupas dengan lebih lanjut beberapa rangkaian produk keluaran Evolube termasuk bateri nano gel, rantai motosikal, pelincir rantai motor dan minyak rantai skuter yang dihasilkan untuk meningkatkan pengalaman penunggangan anda ke tahap seterusnya.

Bateri Nano Gel Evobatt
Evobatt merupakan bateri Nano Gel yang dikeluarkan oleh Evolube, menggunakan bateri gel di mana teknologi baterinya telah dipertingkatkan berbanding bateri konvensional. Berbeza dengan bateri asid plumbum konvensional, bateri Nano Gel Evobatt menggunakan gel elektrolit yang dapat meningkatkan prestasinya.

Selain tahan lebih lama, Evobatt ini dapat diisi semula dengan pengecasan yang pantas sekali gus memberikan kelebihan kepada penunggang motosikal khususnya yang menggunakan motosikal dengan lebih kerap sama ada untuk penghantaran atau berulang-alik ke tempat kerja. Tambahan pula, Evobatt ini bersifat ‘maintenance free’ yang tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan dan ditawarkan dalam pelbagai saiz, ada untuk hampir semua jenis motosikal di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Evobatt direka untuk memberikan prestasi yang tinggi dalam apa juga keadaan termasuk getaran, suhu yang ekstrem dan keadaan persekitaran yang boleh mempengaruhi prestasinya. Bateri Evobatt dari Evolube ini juga lebih selamat kerana gel elektrolitnya. Berbanding bateri konvensional, Evobatt jauh lebih ringan yang memberikan manfaat khususnya dari segi penurunan berat motosikal yang mempengaruhi prestasi keseluruhan dan kecekapan bahan api.

Evochain
Demi memastikan kelancaran pergerakan, Evochain ada untuk motosikal kesayangan anda. Ditawarkan dalam tiga jenis iaitu Standard Steel, Gold Chain dan Gold Chain with O-Ring. Evochain ini mempunyai fungsi dan kegunaan yang berlainan. Standard Steel dan Gold Chain sesuai digunakan untuk motosikal kegunaan harian. Manakala Gold Chain With O-Ring lebih sesuai digunakan untuk motosikal jenis lasak atau yang kerap digunakan seperti penghantaran mahupun perlumbaan.

Evochain Standard Steel
Direka untuk kegunaan harian dan memberikan prestasi yang baik dalam pelbagai keadaan jalan raya. Sesuai untuk pemilik motosikal yang menggunakan jentera secara harian dan tidak terlibat dalam aktiviti lasak atau perlumbaan.

Evochain Gold Chain
Disalut dengan lapisan emas yang menarik pada permukaannya. Selain penampilan yang menarik, ia juga menawarkan kekuatan yang lebih baik dan daya tahan yang tinggi. Sesuai untuk kegunaan harian yang ingin memberikan sentuhan gaya ekstra pada motosikal tanpa mengorbankan prestasi.

Evochain Gold Chain With O-Ring
Menawarkan ciri tambahan dalam bentuk “O-ring” yang berfungsi sebagai pelincir tambahan, membantu mengurangkan geseran dan meningkatkan daya tahan rantai. Disyorkan untuk motosikal yang terlibat dalam pemakaian lasak atau perlumbaan di mana keadaan yang berat dikenakan ke atas rantai. O-Ring membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan keperluan penyelenggaraan.

Chain Lube dan Scooter Gear Oil
Penjagaan motor tidak memadai hanya menjaga penampilan sahaja sebaliknya perlu mengambil kira secara keseluruhan termasuk prestasinya. Bagi memastikan jentera kesayangan sentiasa berada dalam keadaan baik, anda perlu memantau dari masa ke masa. Produk lain yang turut ditawarkan Evolube ialah Chain Lube dan Scooter Oil yang bertugas sebagai pelindung kepada rantai motosikal agar dapat berfungsi dengan sempurna.

Jika berminat untuk mendapatkan rangkaian produk keluaran Evolube untuk jentera kesayangan, anda boleh dapatkan di mana-mana bengkel motor berdekatan.

Jika anda berminat untuk dapatkan minyak motor dari Evolube ini, sila hubungi;
KF Motoparts Sdn Bhd
79, Jalan Metro Perdana Barat 11, Sri Edaran Light Industrial Park, 52100 Kuala Lumpur.
📍 Google Maps
https://goo.gl/maps/3diEYk4cUZHn76j2A
📞 No Tel
012 – 388 2468
📱Whatsapp
https://wa.link/tyzu1t

Previous Post

‘Monte Bianco’ Bagi Penggemar Kotak Simpan Jenis Aluminium

Next Post

Kemenangan Berganda Dan Bergaya Azroy Di Pusingan 3

Next Post

Kemenangan Berganda Dan Bergaya Azroy Di Pusingan 3

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved