Bunyi deruman enjin yang menggelegar pastinya mencetus keterujaan sekali gus memikat hati para peminat motosikal. Dikenali sebagai jentera beroda dua, motosikal sinonim sebagai ikon kebebasan, prestasi dan gaya. Setiap motosikal mempunyai daya tarikan tersendiri dari kuasa tinggi superbike, penunggangan santai skuter dan keanggunan motosikal klasik. Di sebalik pesona luaran, terdapat satu komponen paling penting yang sering dilupakan. Minyak motor atau enjin!
Sebagaimana yang dinyatakan tadi, minyak pelincir dan enjin memainkan peranan penting dalam dunia motosikal yang berntidak untuk mengekalkan prestasi seterusnya jangka hayat enjin itu sendiri. Pelincir berfungsi untuk mengurangkan geseran antara bahagian yang bergerak, melindungi dari kehausan dan menyebarkan haba yang dihasilkan ketika enjin dihidupkan. Kehadiran pelincir berkualiti dan sesuai dapat memastikan enjin berfungsi dengan cukup baik, memberikan daya tahan yang lama dan menjaga kecekapan bahan api.
Di tengah-tengah kemunculan pelbagai jenama minyak motor, kehadiran Evolube dilihat sebagai inovasi yang menarik perhatian dalam kalangan para penunggang motosikal. Dengan mengutamakan kualiti, Evolube telah mengeluarkan siri yang direka khusus untuk meningkatkan prestasi motosikal dan dalam masa yang sama, memberi perlindungan maksima kepada enjin. Ester Series, Formula Ester dan Racing Ester!
Menerusi Ester Series dengan formulasi terkini, Evolube menawarkan perlindungan untuk pelbagai jenis motosikal bersesuaian dengan prestasi dan cc motosikal. Antara yang ditawarkan dalam Ester Series ini termasuk 4T EV700, 4T EV500, 4T EV300, 2T EV300. Manakala untuk Formula Ester dan Racing Ester, Evolube menawarkan 4T 10W-40 dan 4T 15W-50.
4T EV700 SAE 15W50 API SN JASO MA2 Semi Synthetic 1L (Separuh Sintetik)
Minyak enjin motosikal premium yang mengurangkan tekanan daripada penunggangan harian bermula dari enjin dihidupkan sehingga dimatikan khususnya dalam suhu panas dan lembap.
Pelincir ini menawarkan prestasi minyak yang sangat baik, melindungi serta membersihkan dan memanjangkan jangka hayat enjin. Direka khas untuk motosikal berprestasi tinggi dan motosikal dengan kapasiti enjin yang lebih tinggi. Selain itu, ia juga sesuai digunakan untuk motosikal dengan kapasiti enjin lebih rendah di mana pemilik mencari peningkatan prestasi untuk motosikal mereka.
Bukan itu sahaja, ia juga berfungsi untuk meningkatkan kelancaran dan memastikan keselesaan sepanjang penunggangan. Enjin jadi lebih bersih dan senyap serta menyenangkan. Malah, sistem aditifnya memastikan kawalan sangat baik terhadap kehausan akibat geseran, jelaga, suhu tinggi dan macam-macam lagi.
Pelincir ini dikeluarkan dengan langkah keselamatan yang tinggi dan kawalan kualiti mengikut piawaian ISO 9001:2008. Jangka hayat yang disyorkan adalah 3 hingga 3½ tahun, tetapi biasanya ia boleh bertahan selama 5 tahun.
Ciri-Ciri
Kestabilan geseran yang sangat baik – meredam getaran dan mengurangkan bunyi
Pengubah geseran – direka untuk pecutan yang lancar dalam transmisi automatik
Meningkatkan kuasa pecutan berbanding minyak prestasi rendah lain
Memastikan prestasi dan kuasa enjin yang lebih tinggi
Mengurangkan masalah berkaitan pengoksidaan semasa enjin beroperasi
Mengurangkan pembentukan karbon, asid dan lumpur
Memastikan enjin berjalan lebih lancar, sejuk, dan senyap
Mencegah karat dan kakisan enjin. Memastikan enjin bersih dan cekap
Jimat bahan api.
4T EV700 Scooter 10W40 API SN / JASO MB 1L (Separuh Sintetik)
Evolube 4T 10W-40 API SN JASO MB, merupakan minyak enjin skuter premium yang dikeluarkan khusus untuk enjin skuter empat lejang yang berfungsi mengurangkan tekanan dari penggunaan harian terutamanya di iklim panas dan lembap. Memberikan perlindungan yang sangat baik, membersihkan enjin dan dalam masa yang sama, memanjangkan hayatnya.
Direka khas untuk skuter yang menggunakan transmisi automatik, ia meningkatkan kelancaran dan juga keselesaan semasa penunggangan. Ia juga memastikan ‘pick up’ enjin lebih baik, enjin lebih bersih dan senyap agar penunggangan jadi lebih menyeronokkan.
Sistem aditifnya yang terkini, memastikan kawalan terhadap kehausan akibat geseran atau disebabkan jelaga, suhu tinggi, kakisan serta kestabilan pengoksidaan. Minyak enjin ini dikeluarkan dengan mengambil langkah-langkah keselamatan serta kawalan kualiti mengikut piawaian ISO 9001:2008. Jangka hayat yang disyorkan adalah 3 hingga 3½ tahun, tetapi biasanya ia boleh bertahan selama 5 tahun.
Ciri-Ciri
Kestabilan geseran yang sangat baik – meredam getaran dan mengurangkan bunyi
Pengubah geseran – direka untuk pecutan yang lancar dalam transmisi automatik
Meningkatkan prestasi skuter, kuasa pecutan berbanding minyak prestasi rendah lain
Memastikan kuasa enjin lebih tinggi
Mengurangkan pembentukan karbon, asid dan lumpur
Memastikan enjin berjalan lebih lancar, sejuk, dan senyap
Mencegah karat dan kakisan enjin. Memastikan enjin bersih dan cekap
Jimat bahan api.
4T EV500 Scooter 10W40 API SN / JASO MB 1L (Mineral)
Evolube 4T Mineral 10W-40 API SN JASO MB, merupakan minyak enjin skuter premium yang dikeluarkan khusus untuk enjin skuter empat lejang yang berfungsi mengurangkan tekanan dari penggunaan harian terutamanya di iklim panas dan lembap. Memberikan perlindungan yang sangat baik, membersihkan enjin dan dalam masa yang sama, memanjangkan hayatnya.
Direka khas untuk skuter yang menggunakan transmisi automatik, ia meningkatkan kelancaran dan juga keselesaan semasa penunggangan. Ia juga memastikan ‘pick up’ enjin lebih baik, enjin lebih bersih dan senyap agar penunggangan jadi lebih menyeronokkan.
Sistem aditifnya yang terkini, memastikan kawalan terhadap kehausan akibat geseran atau disebabkan jelaga, suhu tinggi, kakisan serta kestabilan pengoksidaan. Minyak enjin ini dikeluarkan dengan mengambil langkah-langkah keselamatan serta kawalan kualiti mengikut piawaian ISO 9001:2008. Jangka hayat yang disyorkan adalah 3 hingga 3½ tahun, tetapi biasanya ia boleh bertahan selama 5 tahun.
Ciri-Ciri
Kestabilan geseran yang sangat baik – meredam getaran dan mengurangkan bunyi
Pengubah geseran – direka untuk pecutan yang lancar dalam transmisi automatik
Meningkatkan prestasi skuter, kuasa pecutan berbanding minyak prestasi rendah lain
Memastikan kuasa enjin lebih tinggi
Mengurangkan pembentukan karbon, asid dan lumpur
Memastikan enjin berjalan lebih lancar, sejuk, dan senyap
Mencegah karat dan kakisan enjin. Memastikan enjin bersih dan cekap
Jimat bahan api.
4T EV500 SAE 15W40 API SN / JASO MA 1L (Mineral)
Evolube 4T 15W-40 SG JASO MA adalah minyak enjin mineral terkini yang dibangunkan untuk prestasi unggul dalam enjin petrol berteknologi tinggi pada hari ini. Ia diformulasikan khas untuk digunakan dalam enjin motosikal (petrol), iaitu enjin 4 lejang dan 2 lejang.
Disyorkan untuk hampir semua motosikal: Yamaha, Suzuki, Kawasaki, Honda, Kriss, Jaguh, BMW, dan sebagainya.
Ciri-ciri
Perlindungan enjin optima
Diformulasikan dengan anti-haus (anti-wear) lebih bagus berbanding minyak enjin biasa
Memastikan jangka hayat lebih panjang
Tempoh penukaran minyak lebih lama
Memastikan prestasi dan kuasa enjin yang maksima
Memastikan kuasa “pick-up” lebih baik
Enjin lebih lancar, sejuk dan tiada bunyi bising
Memastikan enjin kekal bersih dan cekap
4T EV500 20W50 API SJ JASO MA1 1L
Evolube 4T 20W-50 API SJ JASO MA1, merupakan minyak enjin premium yang dibangunkan untuk enjin yang sudah dipakai lama. Ia tergolong dalam gred API SJ SAE 20W-50 yang mengandungi bahan aditif anti-kehausan gred tinggi, kelikatan lebih baik, anti kakisan dan anti-pengoksidaan. Direka khusus untuk kegunaan motosikal enjin gasoline; 4 lejang dan 2 lejang. Ia memastikan enjin lebih lancar, sejuk dan senyap. Malah, sistem aditif canggihnya memastikan kawalan yang sangat baik terhadap kehausan akibat geseran, kehausan yang disebabkan oleh jelaga, simpanan suhu tinggi, kakisan dan kestabilan pengoksidan.
Disyorkan untuk enjin-enjin baru dan enjin yang tidak mengalami kehausan berlebihan. Minyak enjin ini dikeluarkan dengan langkah keselamatan yang tinggi dan kawalan kualiti mengikut piawaian ISO 9001:2008. Jangka hayat yang disyorkan adalah 3 hingga 3½ tahun, tetapi biasanya boleh bertahan selama 5 tahun.
Sesuai untuk hampir semua motosikal: Yamaha, Suzuki, Kawasaki, Honda, Kriss, Jaguh, BMW, dan sebagainya.
Ciri-ciri
Perlindungan enjin optima
Diformulasi khas untuk enjin yang lebih lama atau telah mengalami kehausan
Mempunyai daya ‘pick-up’lebih bagus berbanding minyak biasa
Mengurangkan penggunaan atau pembakaran minyak enjin
Mengurangkan masalah berkaitan pengoksidaan ketikan enjin beroperasi
Mengurangkan pembentukan karbon, asid dan juga lumpur
Memastikan enjin lebih lancar, sejuk dan senyap
Menghalang karat atau kakisan enjin
Enjin berfungsi dalam keadaan bersih dan juga lebih cekap
Mengurangkan kebarangkalian pengewapan minyak enjin
Sesuai digunakan untuk jarak jauh
4T EV300 MONO SAE 40 API SG JASO MA 1L
Evolube 4T Mono SAE 40 API SG JASO MA, minyak enjin motosikal berasaskan mineral ini dibangunkan untuk enjin 4-lejang. Ia mengandungi kepekatan gred premium, aditif tahan haus, anti-kakisan, anti-pengoksidaan dan minyak asas mineral. Mengurangkan tekanan dari kegunaan harian di atas jalan raya terutamanya di iklim panas dan lembap.
Minyak enjin ini dikeluarkan dengan langkah keselamatan yang tinggi dan kawalan kualiti mengikut piawaian ISO 9001:2015. Jangka hayat yang disyorkan adalah 3 hingga 3½ tahun atau 5 tahun dengan keadaan penyimpanan yang baik.
Ciri-ciri
Kestabilan geseran yang sangat baik – meredam getaran dan mengurangkan bunyi
Meningkatkan prestasi skuter, kuasa pecutan berbanding minyak prestasi rendah lain
Mengekalkan prestasi dan kuasa enjin
Mengurangkan masalah berkaitan pengoksidaan ketika enjin sedang digunakan
Mengurangkan karbon, asid dan pembentukan lumpur
Memastikan enjin berjalan lebih lancar, sejuk, dan senyap
Menghalang kakisan dan enjin berkarat
Memastikan enjin kekal dan cekap
Jimat bahan api.
4T EV300 SAE 20W-40 API SG JASO MA 1L
Evolube 4T 20W-40 API SG JASO MA, merupakan minyak enjin mineral terkini yang dibangunkan untuk prestasi unggul dalam enjin petrol berteknologi tinggi pada hari ini. Diformulasikan dengan perapi kepekatan gred tinggi dan aditif tahan haus khas untuk digunakan dalam enjin motosikal petrol iaitu enjin 4-lejang dan 2-lejang.
Disyorkan untuk hampir semua motosikal : Yamaha, Suzuki, Kawasaki, Honda, Kriss, Jaguh, BMW
Ciri-ciri
Memastikan kuasa pecutan yang baik
Perlindungan enjin yang wajar daripada kehausan
Prestasi lebih lancar dan lebih senyap
Enjin lebih bersih dan cekap
Keberkesanan kos
2T EV300 SAE 30 API TA JASO FA 1L (Wangi)
Evolube 2T API TA JASO FA terdiri daripada sedikit aditif, pelarut dan minyak berasas mineral berkualiti tinggi. Ia diformulasikan khas untuk digunakan dalam enjin motosikal petrol 2-lejang. Disyorkan untuk digunakan dalam enjin-enjin normal seperti motosikal dan gergaji rantai.
Ciri-ciri
Memastikan pelinciran dan pecutan yang baik
Perlindungan ekonomi daripada kehausan
Memastikan jangka hayat enjin yang lebih lama
Menjamin enjin yang lancar, sejuk dan senyap
Pembakaran asap lebih rendah
Enjin lebih bersih dan cekap
Mengekalkan prestasi enjin.
Evolube Formula Ester
4T 10W-40 SN JASO MA2 1.2L
Minyak Enjin ini terbukti sebagai minyak perlumbaan luar biasa yang dibangungkan untuk enjin 4-lejang. Formulasi Ester Sintetik & M.A.S, meningkatkan keupayaan perlindungan dengan mengurangkan tekanan, geseran dan kehausan kepada komponen logam.
Apa itu formula M.A.S?
The Metal Treatment in the M.A.S (Rawatan Metal, Aditif dan Sintetik), formulasi ini meresap ke liang-liang mikro sekali gus membentuk pelindung geseran rendah yang kuat dan mampu menahan geseran lebih 5 KALI ganda kebanyakan produk di pasaran. Mengurangkan tekanan dari penunggangan harian terutamanya di iklim panas dan lembap.
Selain itu, menawarkan prestasi minyak yang sangat baik, melindungi dan membersihkan enjin serta memanjangkan jangka hayatnya. Direka khas untuk motosikal berprestasi tinggi dan motosikal dengan kapasiti enjin yang lebih tinggi. Sangat sesuai untuk klac basah, enjin 4-lejang dengan penyejukan udara atau cecair. Ia memberikan enjin kuasa pecutan lebih baik, lebih bersih dan senyap untuk pengalaman penunggangan yang lebih menyenangkan.
Minyak enjin ini dikeluarkan dengan langkah keselamatan yang tinggi dan kawalan kualiti mengikut piawaian ISO 9001:2008. Jangka hayat yang disyorkan adalah 3 hingga 3½ tahun atau 5 tahun dengan keadaan penyimpanan yang betul.
Ciri-ciri
Tahan geseran 5 KALI ganda berbanding minyak premium di pasaran
Pengurangan penggunaan sehingga 16%
Meningkatkan kuasa kuda sehingga 5%
Kestabilan geseran yang sangat baik – meredam getaran dan mengurangkan bunyi
Mengurangkan masalah berkaitan pengoksidaan semasa enjin beroperasi
Mengurangkan pembentukan karbon, asid dan kotoran
Memastikan enjin lebih lancar, sejuk dan senyap
Menghalang karat dan kakisan enjin
Enjin kekal berfungsi dalam keadaan bersih dan cekap
1.2 liter ini disyorkan untuk motosikal;
Yamaha LC135 ( 0.95L )
Yamaha Y15ZR ( 1.0L )
Yamaha Y16ZR ( 0.95L )
Honda RS150 ( 1.2L )
Evolube Racing Ester
4T 15W-50 SN JASO MA2 1.2L, minyak enjin ini terbukti sebagai minyak perlumbaan luar biasa yang dibangunkan untuk enjin 4-lejang. Formulasi Ester Sintetik & M.A.S, meningkatkan keupayaan perlindungan dengan mengurangkan tekanan, geseran dan kehausan kepada komponen logam.
Apa itu formula M.A.S?
The Metal Treatment in the M.A.S (Rawatan Metal, Aditif dan Sintetik), formulasi ini meresap ke liang-liang mikro sekali gus membentuk pelindung geseran rendah yang kuat dan mampu menahan geseran lebih 5 KALI ganda kebanyakan produk di pasaran. Mengurangkan tekanan dari penunggangan harian terutamanya di iklim panas dan lembap.
Selain itu, menawarkan prestasi minyak yang sangat baik, melindungi dan membersihkan enjin serta memanjangkan jangka hayatnya. Direka khas untuk motosikal berprestasi tinggi dan motosikal dengan kapasiti enjin yang lebih tinggi. Sangat sesuai untuk klac basah, enjin 4-lejang dengan penyejukan udara atau cecair. Ia memberikan enjin kuasa pecutan lebih baik, lebih bersih dan senyap untuk pengalaman penunggangan yang lebih menyenangkan.
Minyak enjin ini dikeluarkan dengan langkah keselamatan yang tinggi dan kawalan kualiti mengikut piawaian ISO 9001:2008. Jangka hayat yang disyorkan adalah 3 hingga 3½ tahun atau 5 tahun dengan keadaan penyimpanan yang betul.
Ciri-ciri
Tahan geseran 5 KALI ganda berbanding minyak premium di pasaran
Pengurangan penggunaan sehingga 16%
Meningkatkan kuasa kuda sehingga 5%
Kestabilan geseran yang sangat baik – meredam getaran dan mengurangkan bunyi
Mengurangkan masalah berkaitan pengoksidaan semasa enjin beroperasi
Mengurangkan pembentukan karbon, asid dan kotoran
Memastikan enjin lebih lancar, sejuk dan senyap
Menghalang karat dan kakisan enjin
Enjin kekal berfungsi dalam keadaan bersih dan cekap
1.2 liter
Yamaha LC135 ( 0.95L )
Yamaha Y15ZR ( 1.0L )
Yamaha Y16ZR ( 0.95L )
Honda RS150 ( 1.2L )
Jika anda berminat untuk dapatkan minyak motor dari Evolube ini, sila hubungi;
KF Motoparts Sdn Bhd
79, Jalan Metro Perdana Barat 11, Sri Edaran Light Industrial Park, 52100 Kuala Lumpur.
Google Maps
https://goo.gl/maps/3diEYk4cUZHn76j2A
No Tel
012 – 388 2468
Whatsapp
https://wa.link/tyzu1t