Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

‘Monte Bianco’ Bagi Penggemar Kotak Simpan Jenis Aluminium

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-12-18
in BULETIN, UTAMA
0

Jenama pengeluar aksesori motosikal terkemuka dunia – GIVI, merasmikan pembukaan bilik pameran GIVI Point terbaharu mereka di Bangsar selain turut memperkenalkan kotak simpanan aluminium pertama buatan Malaysia baru-baru ini.

Bersempena dengan majlis tersebut, turut berlangsung adalah sesi pengenalan “Monte Bianco” bersama media tempatan telah diadakan di bilik pameran terbaru GIVI Point Kuala Lumpur. Susulan itu, bilik pameran GIVI Point yang terletak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur ditutup dan operasi GIVi Point di Lembah Klang akan beroperasi sepenuhnya di Bangsar.

Dikenali dengan nama GIVI Point Kuala Lumpur, bilik pameran yang terletak di Jalan Maarof, Bangsar ini menampilkan rekaan dalaman yang eksklusif dan premium. Lokasi terbaru ini pasti akan memberi satu perasaan mengujakan, selesa, dan kondusif untuk membeli barangan GIVI pilihan anda di sana.

Tampil dengan keunikan baru, GIVI juga turut tampil mempamerkan ruangan koleksi HEVIK – yang menampilkan beberapa barangan seperti seluar dan jaket riding, sarung tangan dan pelbagai lagi aksesori yang dikhas buat anda.

Selain bilik pameran yang dipertontonkan buat kali pertama kepada wakil media tempatan, kami (media) juga turut diperkenalkan kotak simpan jenis aluminium dengan nama Monte Bianco. Untuk info, nama “Monte Bianco” yang bermaksud (Gunung Putih) dalam bahasa Itali, dipilih dan diambil bersempena dengan nama pergunungan tertinggi di kawasan pergunungan Alps, dan ianya juga merupakan gunung tertinggi di Eropah Barat.

Selari dengan sifat kotak simpanan aluminium ini, Monte Bianco didefinisikan sebagai kotak simpanan jenis aluminium yang diakui kukuh serta tahan lasak dalam apa jua keadaan. Tampil dengan rekaan yang kemas dan estetik, ianya dikeluarkan dalam dua jenis kemasan iaitu MTB45A-ADV “Natural Finish” dan MTB45B-ADV “Black Line”.

Direka dengan kemasan yang cukup sempurna, Monte Bianco ini menawarkan sistem storan yang bergaya namun berfungsi dan boleh dipercayai buat penunggang motosikal. Sesuai untuk kegunaan praktikal seperti perjalanan atau pengembaraan jarak jauh, kotak simpanan berkapasiti 45liter ini boleh memuatkan sebuah topi keledar model Modular “Flip-Up” serta mampu menampung berat muatan sehingga 10kg.

Tampil dengan sistem monokey, kotak simpanan ini sesuai digunakan untuk semua jenis motosikal khususnya motosikal berkuasa tinggi. Mengutamakan juga keselesaan penunggang belakang (Pillion), kotak simpanan ini juga turut disertakan bersama tempat penyandar belakang (backrest) dan padding dalaman.

Selain itu, sebagai aksesori tambahan (pilihan), GIVI juga telah menghasilkan baseplate Monokey terbaharu iaitu M3XN-S yang didatangkan dengan lampu brek belakang. Ianya direka bagi memastikan tahap penglihatan yang lebih tinggi kepada pengguna jalan raya lain ketika anda menunggang motosikal di atas jalan raya.

Sebagai kotak simpanan aluminium pertama yang dibuat oleh GIVI di Malaysia, ianya diperkenalkan dengan harga mampu milik RM900.00 (Natural Finish) dan RM1000.00 (Black Line). Monte Bianco kini sudah mulai berada di GIVI Point serta pengedar sah GIVI yang terpilih sahaja.

Previous Post

Himpun Peminat Motosikal Di Borneo, Pamer Budaya Negeri Sarawak!

Next Post

Tingkatkan Prestasi Ke Tahap Maksima Dan Berkekalan Untuk Masa Yang Lama

Next Post

Tingkatkan Prestasi Ke Tahap Maksima Dan Berkekalan Untuk Masa Yang Lama

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved