Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kemenangan Berganda Dan Bergaya Azroy Di Pusingan 3

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-12-22
in BULETIN, UTAMA
0

Litar Antarabangsa Sepang menjadi saksi kemenangan berganda penuh bergaya Azroy Hakeem Anuar semasa berlangsungnya Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK) baru-baru ini. Pelumba dari Boon Siew Honda Racing Team itu mengungguli Perlumbaan 2 dan Perlumbaan 3 kategori MSBK1000 A!

MSBK1000 A
Perlumbaan 3 menyaksikan Azlan sekali lagi mendahului perlumbaan. Walaupun diasak berkali-kali oleh Kasma yang cuba memintas, Azlan ternyata pantas bertindak dan tidak membiarkan ketinggalan lama di belakang. Azroy yang berada di tempat ketiga terakhir di grid berjaya memecut dan menduduki tempat ketiga. Beberapa saat selepas perlumbaan bermula, Kasma berjaya mengatasi Azlan dan di akhir pusingan pertama, ketiga-tiga trio ini meninggalkan pelumba-pelumba lain jauh di belakang.

Di pusingan kedua, selekoh pertama, Azlan cuba mengatasi Kasma dari dalam tetapi percubaannya gagal seterusnya memberikan ruang kepada Kasma dan Azroy merampas kedudukan. Kemudian, Azroy berjaya mengatasi Kasma dan menduduki tempat pertama selepas pusingn kedua berakhir. Persaingan bertambah sengit di pusingan ketiga apabila Azlan juga berjaya mengatasi Kasma dan berusaha menyaingi Azroy.

Di pertengahan perlumbaan, Azroy berjaya menjarakkan kedudukan sejauh 1.032s di hadapan Azlan sekali gus menguasai perlumbaan dan menjelang akhir pusingan, Azroy meninggalkan pesaing terdekatnya sejauh 4.428s dan meraikan kemenangan bergandanya serta menamatkan persaingan dengan catatan masa keseluruhan 21’26:988s.

Manakala Azlan Shah Kamarulzaman yang mewakili Horizon Racing Team sekali lagi menduduki tempat kedua dengan catatan masa 21’31:484s. Diikuti Kasma Daniel Kasmayuddin dari Yamaha Gen Blu Racing Team di tempat ketiga yang juga Juara Keseluruhan dengan catatan masa 21’34:464s.

MSBK1000 B
Perlumbaan 3 untuk kategori MSBK1000 B di Pusingan 3 ini juga tidak kurang mendebarkan dengan aksi-aksi sengit para pelumba. Didahului oleh Amir di awal-awal perlumbaan, di belakangnya diekori Syukri di tempat kedua dan Ming Chen di tempat yang ketiga.

Berbanding Syukri dan Ming Chen yang terpaksa bersaing sengit untuk mengatasi antara satu dengan yang lain, Amir menemui rentaknya. Walau cuba dihampiri Ming Chen yang berjaya melepasi Syukri, Amir memecut lagi dan kekal mendahului perlumbaan dengan jurang yang agak luas serta ruang yang cukup untuk menyelamatkan kedudukannya. Sementara itu, Radzi yang mengekori di belakang Kuo akhirnya menemui jalan keluar.

Di pertengahan perlumbaan, para pelumba yang masih bersaing sengit ini selesa dengan kedudukan masing-masing tanpa ancaman yang datang dari belakang. Berbaki dua pusingan, Kuo merapatkan kedudukan dengan Radzi serta melakukan percubaan untuk memintas tetapi tidak dibenarkan Radzi yang memperkukuhkan kedudukannya walaupun bertukar kedudukan beberapa kali.

Ketika pusingan terakhir, Amir berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 22’34:484s dan muncul sebagai juara. Tempat kedua pula berpihak kepada Hsuan Ming Chen dari Dream Team dengan catatan masa 22’38:019s, diikuti Md Radzi Omar dari FGRT (Fauzi Gan Racing Team) di tempat ketiga dengan catatan masa 22’51:853s.

MSBK600
Md Hakim Danish dari SIC Racing berjaya mengungguli Perlumbaan 3, manakala Helmi pula muncul sebagai juara keseluruhan kategori MSBK600.

Di awal Perlumbaan 3, Helmi sekali lagi mendahului perlumbaan diikuti Hakim Danish di tempat kedua dan Idlan di tempat ketiga. Sepanjang minggu ini, menyaksikan corak perlumbaan yang sama di antara Helmi dan Hakim Danish yang terikat dalam persaingan untuk muncul sebagai yang terbaik.

Memasuki pusingan ketiga, Hakim Danish berjaya mendahului perlumbaan tetapi Helmi enggan mengalah. Hakim Danish kekal mendominasi pusingan sehingga pertengahan perlumbaan. Helmi pula terus mengekori dan di pusingan keenam, dia berjaya memintas Hakim Danish.

Dengan perlumbaan berbaki lagi beberapa pusingan, pasangan ini bersaing sengit dan sekali lagi Hakim Danish berjaya mendahului Helmi. Di pusingan yang terakhir, Hakim Danish meningkatkan kelajuan dan mengambil selekoh terakhir seterusnya memenangi perlumbaan dengan catatan masa 21’57:401s.

Helmi Azman menduduki tempat kedua dengan catatan masa 21’58:406s dan berjaya muncul sebagai juara keseluruhan. Di tempat ketiga pula dimenangi Ao Leong Fu dengan catatan masa 23’26:894s.

Perlumbaan 3
MSBK1000 A
1. Azroy Hakeem Anuar, BOON SIEW HONDA RACING TEAM, 21’26:988s
2. Azlan Shah Kamaruzaman, HORIZON RACING TEAM, 21’31:484s
3. Kasma Daniel Kasmayuddin, YAMAHA GEN BLU RACING TEAM ASEAN, 21’34:464s

MSBK1000 B
1. Muhd Amir Izzat Rozali, HORIZON RACING TEAM, 22 :34.484
2. Hsuan Ming Chen, DREAM TEAM, 22 :38.019
3. Mohd Radzi Omar, FGRT (FAUZI GAN RACING TEAM), 22 :51.853

MSBK600
1. Muhd Hakim Danish, SIC RACING, 21 :57.401
2. Muhd Helmi Azman, BOON SIEW HONDA RACING, 21 :58.406
3. Ao Ieong Fu, 23 :26.894

Juara Keseluruhan / Juara Mingguan
MSBK1000 A
1. Kasma Daniel Kasmayudin, Yamaha Gen Blu Racing Team Asean, 172 points
2. Azlan Shah Kamaruzaman, Horizon Racing Team, 128 points
3. Azroy Hakeem Anuar Boon Siew Honda Racing Team, 111 points

MSBK1000 B
1. Muhd Amir Izzat Rozali, Horizon Racing Team, 167 points
2. Chen Hsuan Ming Dream Team, 125 points
3. Khoo Chee Yen Mobilub Suzuki Racing Team, 111 points

MSBK600
1. Muhd Helmi Azman, Boon Siew Honda Racing, 180
2. Khairul Idham Pawi, Boon Siew Honda Racing, 90 points
3. Soichiro Minamimoto, Yamaha Gen Blu Racing Team Asean, 75 points

Previous Post

Tingkatkan Prestasi Ke Tahap Maksima Dan Berkekalan Untuk Masa Yang Lama

Next Post

Penampilan Lama, Nafas Baharu

Next Post

Penampilan Lama, Nafas Baharu

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved