Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

ZX-14 Mek

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-01-17
in SHOW OFF, UTAMA
0

Belum terlintas di fikiran saya untuk ‘membenarkan’ isteri atau adik perempuan saya menunggang motosikal berkuasa tinggi. Apatah lagi jika ianya sebuah hypersport 1400CC seperti ZX-14. Walaupun kedudukan tunggangan ZX014 ini jauh lebih mudah dari kebanyakan supersport atau superbike 1000cc, namun kuasa buasnya bukanlah mudah untuk dikawal. Silap percaturan, buruk padahnya. Saya ingat lagi hampir menerbangkan seorang kawan sewaktu memboncengnya dalam pandu uji GTR-14, kembar ZX-14 ini.

Hari ini, batasan gender seolah-olah sudah tak lagi ada sempadannya. Anda bukan melihat perempuan menunggang skuter Honda PCX ke dewan kuliah, tetapi seorang wanita dengan ZX-14. Kalau anda terserempak dengan konvoi, jangan terkejut ada beberapa kelab yang dianggotai wanita dan ada antara mereka yang menunggang lebih ‘gila’ dari lelaki!

Beberapa hari yang lepas, saya mendapat jadual baru untuk mengikuti satu sesi fotografi bersama seorang penunggang yang tak dikenali. Maklumlah, bos kami kalau pasal motor, dia cuma ada 1 istilah saja; motor besar. Tak kiralah ZZR250 atau Hayabusa 1300 pun semuanya dianggap sebagai moto besar.

Sehinggalah pertemuan lewat yang diadakan di sekitar Taman Puncak Jalil. Kedatangan ZX-14 ini dari jauh dengan penunggang jaket pink menetapkan keputusan dalam hati saya. Ini memang serius!

Ahli perniagaan dari Sentul yang berasal dari Kelantan ini ternyata mempunyai ‘selera’ besar dalam memilih kuda tunggangannya. Ibu kepada 4 orang cahaya mata ini ternyata mempunyai karekter tersendiri, lincah, berkemahiran dan juga jelas berpengetahuan dengan apa yang dilakukannya. Itulah Nor Azmani Mohd Nor atau lebih mesra dengan panggilan Mek Maniey.

Kesibukannya menguruskan rumahtangga dan perniagaan merencatkan sedikit aktiviti beliau dalam bidang permotoran sejak beberapa tahun lepas. Minat Mek terhadap jentera 2 roda ini bermula sejak dari bangku sekolah lagi. Mendirikan rumahtangga bersama suami yang memahami minat beliau adalah satu bonus. Beliau mendapat sokongan moral dan juga dorongan dari keluarga dalam membuktikan golongan wanita sebenarnya mempunyai kelas tersendiri dalam kelompok motosikal berkuasa tinggi ini.

Beliau mula terlibat dengan motosikal kuasa tinggi sejak tahun 2010. Apa yang bermula sebagai hobi suka-suka telah meletakkan diri antara individu serius dalam beberapa buah kelab permotoran tempatan. Mek pernah memeiliki beberapa buah motosikal berbeza iaitu Kawasaki ER 6F, sebuah chopper Virago 535, Kawasaki ZX-14 dan Harley Davidson Iron 883. Pada hari ini, beliau masih menyimpan sportster Harley bersama dengan ZX-14 kesayangannya ini.

Kita juga maklum bahawa akhir-akhir ini, aktiviti bermotosikal di kalangan golongan wanita nampaknya berkembang positif. Ia juga telah melahirkan beberapa buah kelab yang cukup aktif dengan pelbagai aktiviti. Mek turut terlibat dengan kelab antaranya Ladies Bikers Malaysia, Women On Wheels, Ladies Of Harley dan juga kelab Kawasaki 1400 iaitu D’14 Malaysia.

Beliau menyimpan impian untuk menjelajah dunia bermotosikal jika diberi peluang. Rentetan itu, demi mengutip pengalaman dan memastikan fizikal sentiasa bersedia, aktiviti konvoi ke seluruh Malaysia dan Thailand telahpun beberapa kali disempurnakan. Sekitar tahun 2012 dan 2013, beliau aktif melibatkan diri dalam kesemua Bike Week yang dianjurkan di Thailand iaitu Phuket Bike Week, Sadao Bike Week, Phatalung Bike Week, Hatyai Bike Week dan Narathiwat Bike Week.

Bukan sahaja kecergasan fizikal yang penting, motosikal ZX-14 ini juga dijaga rapi dan sentiasa menjalankan tugasnya dengan cemerlang. Ia telah dilengkapkan dengan set ekzos lengkap dari Yoshimura dan masih mengekalkan konfigurasi penggunaan 2 peredam bunyi. Selain itu, motosikal ini cuma diselenggara mengikut jadual tanpa sebarang modifikasi tambahan.

Previous Post

Love S1K Double-R

Next Post

Pelancaran Ottimo VIZ110

Next Post

Pelancaran Ottimo VIZ110

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved