Ottimo Technologies Sdn. Bhd telah melancarkan motosikal pertamanya secara rasmi pada 20 Disember lalu di Jerai Regency Resort, Kedah. Menyasarkan jualan bulanan sebanyak 300 unit, motosikal Ottimo VIZ110 dibina ekoran permintaan terhadap motosikal mampu milik dengan gaya trendi masih kukuh, walaupun segmen moped berkapasiti lebih tinggi telah menyaksikan pertumbuhan yang ketara.
Menurut Encik Daniel Lim, Pengarah Urusan OTTIMA Technologies Sdn. Bhd., Ottimo VIZ110 yang dikuasakan enjin empat lejang 110cc silinder tunggal (SOCH) ini mematuhi piawaian EURO3. Penjimatan bahan api serta digabungkan bersama rekabentuk menarik, segar dengan penampilan lebih trendi serta mesra pengguna. Ciri-ciri lain termasuk lampu hiasan LED di bahagian lampu isyarat, pengecas USB, paparan meter kelajuan yang jelas dan sistem pencahayaan yang mematuhi ECE. VIZ110 turut dilengkapi dengan penghidup elektrik dan rim aloi ditambah dengan brek cakera depan untuk cengkaman lebih efisien di dalam semua keadaan.
OTTIMA Technologies Sdn. Bhd. menyasarkan jualan sebanyak 300 unit sebulan dalam tahun pertama operasi dengan memberi tumpuan awal kepada wilayah utara, memastikan para pelanggan mendapat khidmat lepas jualan dan bekalan alat ganti terbaik selain aktiviti pemasaran yang berterusan kepada pengguna. Berbekalkan pengalaman lebih 20 tahun dalam reka bentuk, pembuatan, jualan dan pemasaran motosikal, Ottima yakin mampu menawarkan produk dan perkhidmatan yang akan menambah nilai kepada kehidupan harian pengguna. VIZ110 didatangkan dengan dua varian warna; Syinta Merah dan Syantik Blue dengan konsep dua tone.
Selain memiliki kilang dan pusat alat ganti di Gurun, Kedah, syarikat ini dijangka membuka sebanyak 35 pusat perkhidmatan selepas jualan di bandar Sungai Petani, Kedah pada Februari 2019. ~ kNor ~