Road Star
Koyoko
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Love S1K Double-R

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-01-16
in SHOW OFF, UTAMA
0

Semuanya bermula dengan minat. Setiap orang ada kecenderungan berbeza dalam mendalami minat masing-masing. Lelaki dengan dunia motor dan hobi lasak dan perempuan biasanya kontras dengan aktiviti riadah, beli belah dan juga lebih santai. Feminisme moden hari ini telah menemui titik pertemuan di mana hobi lelaki kini diceburi golongan wanita dan walaupun ia tidak dominan, kecenderungan ini menghasilkan persekitaran yang unik.

Menemui wanita menunggang motosikal bukanlah satu perkara yang janggal, tetapi melihat seorang wanita menunggang sebuah superbike terpantas seperti BMW S1000RR ini merupakan satu fenomena baru yang pada mulanya saya sendiri sukar untuk percaya. Selain Suzuki Hayabusa, S1000RR dinobatkan antara motosikal berkuasa tinggi terpantas dalam kategorinya. Walaupun BMW sebelum ini banyak memberi penumpuan kepada pembuatan motosikal rentas benua, motosikal super pertama mereta ternyata memeta sejarah baru dalam perlumbaan menghasilkan motosikal 200hp di zaman moden.

Norhaslynza Bt Arif atau lebih mesra dengan panggilan Lynn menyahut cabaran S1K ini. Sejak memilikinya tahun lalu, ibu kepada 4 orang anak ini nyata mudah mempelajari selok-belok jentera ini tanpa sebarang rasa kekok. Perkongsian hidup dengan seorang suami yang juga ‘gila motor’ melahirkan hobinya sama antara keduanya. Hidup memang indah!

Ibu kepada 4 orang cahaya mata ini turut memiliki perniagaan berteraskan teknologi maklumat. Syarikat beliau Khai Infotech Centre merupakan titik kejayaan yang membolehkan beliau meneruskan minat terhadap jentera dua roda dengan dorongan kelab Brothersisterhood.

Minat beliau bermula sejak memiliki motosikal pertamanya, sebuah skuter kecil Yamaha Ego yang menjadi tunggangan harian sekitar kawasan perumahan. Dari situ, beliau mula belajar dengan motosikal moped kecil, Yamaha Ego. Setelah yakin dengan teknik tunggangan yang semakin mahir, beliau didorong suaminya untuk membeli sebuah KTM Duke 690. Di sinilah titik perubahan dari seorang penunggang amatur menjadi profesional.

Bergaul dengan teman yang memiliki pelbagai latarbelakang menjuruskan hobi beliau untuk mencuba sesuatu yang baru. Tahun berikutnya, beliau membeli Harley Davidson Sportster Iron 883 yang masih disimpan sehingga ke hari ini. Kekerapan beliau mengikuti konvoi permotoran akhirnya terjebak dengan quad motor Can Am Spyfder RT Limited.

Beliau hampir merasai semua jenis profil motosikal dan sampai masanya untuk menikmati kelajuan sebenar dengan membeli sebuah S1000RR tahun lalu. Minat yang semakin mendalam didorong oleh suami yang memiliki hobi sama adalah satu bonus. Menjadi naib presiden dalam kelab Brothersisterhood membolehkan beliau sama-sama mengatur aktiviti bagi kelab tersebut.

Sejak beberapa tahun lalu, Lynn kerap menyertai konvoi permotoran. Pada tahun 2012, beliau terlibat dengan program One Day Ride Kuantan; Bukit Fraser-Genting Highland hingga bandar Kuantan. Kemudian berkonvoi ke Selatan Malaysia dari Kuala Terengganu dan berkelana ke seluruh Pantai Timur semenanjung Malaysia.

Pada 2013, atas kesibukan perniagaan dan menguruskan keluarga, Lynn terpaksa menghadkan programnya kepada beberapa aktiviti sahaja. Ia termasuklah konvoi ke Utara Malaysia, konvoi ke acara motosikal di beberapa buah negeri dan konvoi panjang 24 jam dari JB-Batu Pahat-Mersing dan berakhir di Kuantan.

Kesempatan pada 2014 lebih terbuka di mana beliau berpeluang menyertai konvoi Pantai Timur-Selatan-Utara dan ibu kota Malaysia. Sewaktu cuti pertengahan tahun, beliau menyertai konvoi santai di Perth, Austalia. Kemudiannya beliau menyertai program Jelajah Merdeka, ride bersama Tabuan Motor, ride ke Thailand dan beberapa konvoi ke program permotoran tempatan.

Walaupun menyertai pelbagai acara dan program kembara dalam dan luar negara, beliau berhasrat untuk menunggang di kepulauan Borneo dan seluruh Asia Tenggara. Ternyata bukan itu sahaja impiannya. Di akhir bicara bersama kami, beliau masih lagi ingin memiliki beberapa model motosikal idaman yang hanya akan diketahui dalam masa terdekat ini, katanya. Rahsia!

Previous Post

Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2019

Next Post

ZX-14 Mek

Next Post

ZX-14 Mek

KATEGORI

  • UTAMA
  • SHOW OFF
  • BULETIN
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI

CAPAIAN

  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved