Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Zeths Jenama China, Dedah Sportbike Konsep Neo-Retro!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-01-26
in BULETIN, UTAMA
0

Satu lagi syarikat dari China, Zeths bersedia untuk memulakan momentumnya dalam industri. Ditubuhkan pada tahun 2016, Zeths memulakan operasi berlokasi di Kunshan berhampiran Shanghai. Tidak seperti pengeluar lain di kawasan ini, Zeths tidak menumpukan terhadap pasaran entry-level sebaliknya mengintai peluang untuk pasaran premium yang mengikut standard Asia hanya menjual motosikal saiz bermula dari 250cc.

Ciptaan atau rekaan terbaharu jenama ini adalah ZFR 500 R yang menyasarkan pasaran neo-retro yang semakin berkembang pesat. Jika dilihat dengan teliti, jelas sekali bahawa ZFR 500 R ini dipengaruhi jentera superbike era 1980an. Buktinya terletak pada nama dan juga enjin bersesaran 500cc atau kurang dari itu.

Kemungkinan besar ZFR 500 R akan menggunakan penyejuk cecair, suntikan bahan api, parallel-twin engine dengan crankshaft 180-darjah seperti kebanyakan model motor yang dikeluarkan pengeluar dari China yang terdahulu. Ia sangat sesuai untuk pemegang lesen A2 memandangkan ia menghasilkan sekitar 50hp.

Fairing sisi ZFR 500 R mendedahkan kerangka aluminum di bahagian bawahnya. Di bahagian pula dilengkapi dengan inverted telescopic fork namun tidak jelas samada ia boleh dilaraskan. Selain itu, mengikut saiz enjin, lengan ayun aluminum di bahagian belakang lebih menonjol dan memberikan penampilan lebih premium.

Bahagian depan, dilengkapi dengan brek hadapan dua cakera yang berkemungkinan dari jenama Brembo yang menempatkan rim aluminum dengan kaliper 4 piston serta ABS sebagai standard. Sehingga kini, Zeths masih belum melancarkan ZFR 500 R Avenger ini secara rasmi yang dijangka bakal berada di pasaran sekitar bulan Mei.

Setakat ini, harganya masih belum diketahui tetapi mungkin ditawarkan pada harga yang berpatutan sesuai dengan kualiti motosikal ini sendiri. Buat masa ini, Zeths operasi utama Zeths hanya di pasaran China. Bagaimanapun, sudah menjadi lumrah pengeluar motosikal China akan mengeksport motosikal keluaran mereka dengan penjenamaan semula untuk pasaran lain khususnya di Asia dan juga Eropah.

Sumber : Rideapart

Previous Post

Persediaan Rapi, Melatih Daya Tahan Peserta Hari Pertandingan

Next Post

Kembara Keliling Semenanjung, Biar Lama Janji Sampai!

Next Post

Kembara Keliling Semenanjung, Biar Lama Janji Sampai!

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved