Ditubuhkan pada tahun 2019, C70 DELUXE terdiri daripada 15 orang ahli yang aktif. Manakala seramai 50 orang ahli pula tidak aktif. Kelab ini diasaskan oleh saudara Ahmad Muhaimin Zain yang dibantu orang kuat kelab iaitu saudara Safizuan Safiee juga Ahmad Rafien Abdullah.
Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk menghimpunkan para pemilik jentera Honda C70 lampu bulat sahaja. Keunikan kelab ini kerana ia tidak bercampur dengan motor-motor lain. Bukan bersifat ‘rasis’ tetapi sekadar inginkan persamaan jentera sahaja.
Pelbagai aktiviti yang diadakan tetapi lebih menumpukan terhadap aktiviti ride samada dalam negeri mahupun pun luar dari Kelantan. Kelab ini sangat mementingkan masa dan kelajuan yang bersesuaian ketika berkonvoi. Sikap melengahkan masa dan terlalu santai ketika menunggang, bukanlah prinsip yang dipegang ahli-ahli kelab ini.