Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Persediaan Rapi, Melatih Daya Tahan Peserta Hari Pertandingan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-01-26
in BULETIN, UTAMA
0

Debaran ketibaan tarikh 25 dan 26 Februari yang amat dinanti-nantikan oleh penunggang motosikal bukan sahaja di Malaysia, malah dari beberapa negara lain. Tidak ketinggalan, seramai lebih kurang 28 orang peserta dari Malaysia yang teruja dengan pertandingan Iron Man Rally ini.

Sebelum tiba hari yang dinantikan, pasukan urusetia Enduroland Penang bercadang serta berbincang untuk menganjurkan latihan ride dalam 24 jam melalui kawasan Pulau Pinang dan Kedah. Setelah mencapai keputusan sebulat suara bersama El Chong Motor, sebuah program Simulasi Latihan Ride Iron Man Rally dalam masa 24 jam ditetapkan pada 14 Januari lalu.

Enduroland Penang cuba menyediakan format hampir sama disediakan pada Februari nanti dengan mempelajarinya dari ‘road-book’ diberikan pihak penganjur Iron Man menerusi fail GPS Google Map dari satu stesen ke stesen yang ditetapkan. Seramai lebih kurang 18 orang peserta termasuk seorang penunggang wanita, Norehan Desa daripada jumlah 28 peserta yang bakal turun dalam pertandingan Iron Man Rally di Ratchathani, Thailand.

Seramai enam orang kru terlibat di stesen El Chong, dua orang di stesen Cikgu Hafiz yang bersiap sedia di Jitra, Abang Din Melati bersiap sedia di Sik dan Capt. Asri, penaung Enduroland yang merupakan ‘runner’ di setiap stesen sekiranya peserta memerlukan bantuan. Beliau mengikuti simulasi hampir 650km dalam tempoh 12 jam, di mana para peserta perlu sampai di 4 check point yang berbeza. Berbanding pertandingan sebenar di Thailand, tempoh masa adalah 24 jam dengan jarak 1000km diikuti cabaran jalan lasak (off-road).

Simulasi jalan diadakan pada hari Sabtu dan simulasi off-road diadakan pada hari Ahad. Enduroland Penang tidak membuat mengikut atau melakukannya secara ‘time-base’ sebaliknya hanya memberikan pendedahan kepada para peserta agar lebih bersedia menghadapi situasi off-road secara rally.Para peserta perlu merancang jalan yang dilalui menggunakan fail peta GPS serta mengambil kira kelajuan yang perlu dikawal. Selain itu, mereka perlu tiba tepat pada waktu yang ditetapkan dan tidak boleh melebihi waktu ataupun sebelum.

Program pada hari Sabtu telah dilancarkan oleh En. El Chong sendiri yang turun padang untuk menyempurnakan acara pelepasan ‘flag-off’ para peserta. Dimulakan seawal pukul 8.00 pagi, kesemua para peserta terlebih dahulu berkumpul untuk mendengar taklimat dan pada pukul 8.30 pagi para peserta dilepaskan. Tepat pukul 7.00 petang, para peserta selamat tiba di El Chong Motor dan terus ke majlis makan malam di mana mereka membuat postmortem apa yang perlu dilakukan sekiranya menghadapi situasi sama ketika hari pertandingan di Ubon Ratchathani pada bulan Februari nanti.

Tidak dinafikan, ramai dalam kalangan peserta berpotensi untuk menang pertandingan yang bakal berlangsung di Thailand. Semoga para peserta yang mengikuti program ini mampu membawa nama permotoran Malaysia sekali gus mengharumkan nama negara di negara jajahan gajah putih itu pada 25 dan 26 Februari nanti!

Perkongsian : ~kNor

Previous Post

Tawaran Khusus IKK Untuk Jentera Lajen Yamaha RXZ

Next Post

Zeths Jenama China, Dedah Sportbike Konsep Neo-Retro!

Next Post

Zeths Jenama China, Dedah Sportbike Konsep Neo-Retro!

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved