Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Yamaha The King!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-04-08
in SHOW OFF, UTAMA
0

Dulu ada satu mitos waktu saya masih bersekolah. Pada awal 1980-an, motosikal Yamaha RX-K diperkenalkan di pasaran tempatan. Tak lama selepas itu, ia ditarik semula kerana dikatakan enjinnya terlalu berkuasa. Waktu di mana internet dan media sosial adalah sesuatu yang asing, mitos begini kekal bermain dalam fikiran mat-mat motor menjadikan sisa-sisa RX-K di pasaran diburu oleh peminatnya.

Hakikatnya bukanlah begitu. RX-K digantikan dengan RX-S berdasarkan pasaran yang berbeza. Percubaan pihak Yamaha memasarkan motosikal era pertengahan dengan kapasiti enjin 135cc nyata membuahkan hasil namun pelan pemasaran untuk padanan badan yang lebih moden adalah resepi terhebat sepanjang zaman bila RX-S digantikan dengan RX-Z.

RX-S adalah gantian RX-K bagi pasaran yang tak mendapat model-model 2 lejang Yamaha yang seangkatan dengannya. Lama waktu saya masih bersekolah dan sekarang di zaman moden, kelibat RX-S ini sudah mula menarik minat generasi baru. Ternyata pada status klasik yang dimiliki, disamping mudahnya untuk menyelenggara motosikal ini ia kekal dalam pasaran niche pengumpul motosikal tegar mahupun sekadar hobi.

Ia murah untuk dimiliki. Jika anda pandai mencari, sebuah RX-S boleh dibeli pada harga beberapa ratus ringgit sahaja. Tapi awas. Saya maksudkan, model pekak yang mungkin kehilangan geran atau body patah 3. Untuk sebuah model direstorasi sepenuhnya harganya boleh mencecah 4 angka!

Setiap objek bersejarah seperti ini tentunya mempunyai nilai sentimental yang tersendiri. Apatah lagi bagi seorang yang meniti hari tuanya membelai objek beroda dua dengan penuh minat. RX-S milik Wak Atok yang berusia 76 tahun ini jelas telah melalui transformasi panjang untuk menjadi selengkap ini. Anda perlu terbang ke India untuk melihat versi asli RX-K pada hari ini tapi untuk model yang jarang di Malaysia, jentera Wak ini boleh dijadikan contoh.

Motosikal pertama yang dimiliki Wak ialah sebuah Yamaha RX-Z 5 kelajuan. Model pertama Y1 tersebut digunakan beberapa tahun sehinggalah minatnya beralih kepada tema klasik asal yang melahirkan RX-Z itu sendiri. Pencariannya berakhir dengan sebuah RX-S standard. Sebaik dibawa pulang, beberapa peralatan RX-K sudah menunggu untuk disalinkan.

Pembikinan tema RX-K ini berlarutan selama hampir setahun untuk mendapatkan kelengkapan keseluruhan. Wak berjaya menyalin 99 peratus bahagian RX-K kepada RX-S ini. Yang tinggal cuma keranngka asal dan roda jejari buatan Takasago. Selain menyalin, kemasan kerja krom dilakukan dengan ekstensif pada bahagian besi yang meliputi sebahagian besar pembikinan model-model klasik seperti ini.

Motosikal ini juga telah diperbaharui dengan tema asli RX-K dengan warna maroon jadi pilihan. Seperti yang diperkenalkan Yamaha lebih 30 tahun lalu, garis badan perak, hitam dan merah dijalin pada bahagian tangki, cowl belakang dan juga sisi. Pendek kata, ia telah menjalani proses transformasi dan restorasi penuh dari sebuah RX-S kepada RX-K.

Sejarah mungkin telah berlalu tapi cebisan sejarah tidak akan hilang dari ingatan manusia. Dunia automotif menyaksikan banyak sumbangan berharga yang dilakukan individu yang menyumbang kepada pengekalan nilai sejarah itu sendiri. Saya sendiri tidak sangka bahawa RX-S/RX-K akan menjadi sebahagian dari senarai itu. Realitinya, setiap model-model lama itu sendiri memiliki sentuhan yang sukar dijelaskan dengan kata-kata.Tak percaya? Lihat sahaja harga Yamaha RX-Z. Sebuah motosikal massa yang laris hampir setiap dekad dikeluarkan. Kini harganya melambung tinggi dan ada yang menyimpan model baru yang masih belum didaftarkan. Tidak mustahil harganya nanti sama dengan sebuah Kawasaki ER6 baru!

 

Previous Post

Road To Mae Hong Son : NVOG Tri-Adventure Rides 2018

Next Post

Pengembaraan dari Medan ke Pulau Sabang Aceh

Next Post

Pengembaraan dari Medan ke Pulau Sabang Aceh

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved