Pada 30 Januari 2019, Kuul Rider iaitu satu kumpulan motor berkuasa tinggi telah menjelajah ke Aceh yang juga dikenali dengan nama Serambi Mekah. Perjalanan menuju ke Aceh bermula dari kota Medan, Indonesia. Seramai 6 orang penunggang yang terdiri daripada Amir Hamzah Marzuki, Jamaludin Rejali, Shahrizal Arshad, Haji Napiah Mat Noor, Md Azmi Mohd Hashim dan juga Wan Mohd Yusof Wan Mamat. Kami dibantu Marshall dari Medan iaitu saudara Joe. Sebelum pengembaraan bermula, kami terlebih dahulu mendapat surat kebenaran dan sokongan dari Konsulat Malaysia di Medan.
Setiba di Medan, kami menyewa skuter NMax150 yang sedia menanti. Perjalanan dari Medan ke Aceh mengambil masa yang panjang. Sebelum tiba di Aceh, kami bermalam di Langsa. Perjalanan dari Langsa ke Aceh mengambil masa selama 8 jam. Setelah tiba di Aceh pada hari berikutnya, kami bermalam di Banda Aceh sebelum bertolak ke Pulau Sabang. Perjalanan ke Pulau Sabang memerlukan kami menaiki feri bersama motosikal yang mengambil masa selama 2 jam. Setelah tiba di Pulau Sabang, kami bergerak ke 0 Kilometer Indonesia. Setelah mengembara sekitar Pulau Sabang, kami menginap di tepi pantai yang mempunyai air yang jernih. Pada hari berikutnya, kami kembali ke Banda Aceh dan menginap sekali lagi di sini sebelum meneruskan perjalanan.
Perjalanan diteruskan ke Takengon yang dikenali dengan jolokan Negeri Diatas Awan yang mengambil masa kira-kira 8 jam perjalanan. Kami menginap di Takengon sebelum meneruskan perjalanan ke Kutacane yang juga mengambil masa selama 8 jam. Keindahan perjalanan di atas gunung dari Takengon ke Medan membuat kami terpegun dengan kekuasaan Allah swt. Setelah menjelajah Aceh selama 8 hari, kami tiba di Medan pada 6 Februari 2019. Kepuasan pada wajah penunggang jelas kelihatan setelah tiba di Medan dengan melalui lebih seribu belok yang mencabar sepanjang perjalanan dari Banda Aceh ke Medan melalui Kabanjahe dan Brastagi.
* seperti yang dikongsi oleh pengirim kepada majalah Roadstar. Kongsi pengalaman pengembaraan anda dan hantar emel kepada roadstarmag@gmail.com beserta gambar-gambar menarik.