Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Yamaha R15M, hero selebriti drifter

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-12-31
in SHOW OFF, UTAMA
0


Hero kali ini sebuah Yamaha R15M yang kelihatan bergaya di samping pemiliknya, seorang selebriti terkenal Johan Norman. Berusia 33 tahun, Johan merupakan seorang usahawan yang berasal dari Shah Alam dan sangat aktif serta dikenali di Malaysia khususnya di persada 2 dan 4 roda. Ya, beliau juga merupakan seorang drifter yang sangat disegani di kalangan drifter Malaysia.

Nak dijadikan cerita, perkenalan dengan beliau bermula di Speed City KL yang kini sudah berusia. Selain itu, beliau juga sering dilihat dalam rancangan TV khususnya segmen remaja dan aksi sebagai artis jemputan. Disebabkan sikapnya yang mesra dan tidak menyombong, beliau mudah didekati.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, senario permotoran di Malaysia semakin meningkat naik sejak 2-3 tahun kebelakangan ini, maka tidak hairanlah apabila beliau juga tidak ketinggalan dan mengikut perkembangan semasa. Sebagai permulaan, beliau telah memilih Yamaha R15M yang tampil cukup cantik dan bergaya tapi apakah rahsianya?

Kalau diperhatikan dengan teliti, Yamaha R15M ini telah didatangkan dengan coverset R1M yang berjaya ‘menggemukkan’ sedikit lebar dan ketinggian saiz asal R15M. Secara tidak langsung, ia juga tampil lebih sporty berbanding keluaran asal kilang. Bagi makluman anda, coverset ini didatangkan set lengkap atau full set. Saya ulang, FULL SET.

Set lengkap ini bermula dari depan hingga belakang termasuk cover arm belakang yang hampir membuatkan saya tertipu. Ya, saya fikirkan itu ‘arm’ lain. Apa-apa pun, syabas Johan kerana berjaya membuat silap mata dan memukau saya di situ. Bila ia siap dipasang, anda sendiri dapat lihat hasilnya. Sporty, seksi… merecik!

Warna asal motor ini dikekalkan dan masih tidak diubah memandangkan ia baru dibeli. Namun begitu, demi untuk menambahkan kelainan, Johan telah menambah decal atau atau sticker yang tersendiri. Imej yang menarik, lain daripada yang lain dan paling penting, sesuai dengan identiti beliau. Sewaktu gambar ini dirakam, hero kita ini sebenarnya sedang sibuk berada di sebuah lokasi penggambaran di Ipoh, Perak. Terima kasih Johan kerana sudi meluangkan masa.

Sesiapa yang pernah menunggang motor ini, pasti mengetahui cara tunggangannya agak sedikit menunduk dan pastinya menarik perhatian terutama sekali ketika memecut di atas jalanraya. Seolah-olah sedang beraksi di atas trek untuk perlumbaan motosikal pula.

Baiklah, jika anda mempunyai sebarang persoalan, hubungi Geng Tayar Besar kerana mereka menyediakan perkhidmatan nasihat kepada pemilik dan pengguna Yamaha R15M. Sekiranya berminat untuk mengubahsuai kosmetik motor, anda juga boleh rujuk Geng Tayar Besar yang turut mempunyai channel di Youtube dan beberapa lagi akaun di media sosial termasuk Instagram. Kami di pihak Roadstar mengucapkan agar Geng Tayar Besar terus maju jaya. Go go go R15M!

Teks dan gambar oleh : En. Bob

Previous Post

Throwback ; Jom Gi Masjid

Next Post

Throwback : Merdeka Ride

Next Post

Throwback : Merdeka Ride

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved