Sebanyak 23 buah kelab motor telah mengambil bahagian dalam program Mengimarahkan Masjid Jom Gi Masjid yang dianjurkan oleh Gabungan Otai Johor @ Brader Motor Johor. Dianggarkan lebih kurang 120 buah motosikal telah menyertai program yang juga merupakan acara tahunan masjid.
Bagi menyemarakkan lagi penganjuran ini, pelbagai aktiviti disediakan oleh pihak penganjur antaranya seperti aktiviti berkonvoi, acara memanah, autoshow, solat zohor berjemaah, tazkirah selepas solat zohor, jamuan dan juga aktiviti bergotong royong membersihkan kawasan masjid.
Selain itu, pihak penganjur turut menyediakan ruang dan peluang kepada peniaga-peniaga untuk menyertai gerai-gerai jualan. Bukan itu sahaja, kaunter zakat turut disediakan bagi memudahkan orang ramai untuk membayar zakat. Manakala untuk program berkonvoi, para peserta diiringi oleh polis trafik bermula dari IPDJBU menuju ke Masjid Bandar Putra Kulai. Diharapkan program serupa akan terus giat dijalankan pada masa akan datang dan berjaya menarik penyertaan lebih ramai peserta.