Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) sering hasilkan warna edisi terhad atau khas untuk motosikal Yamaha di Malaysia, dengan tema MotoGP seperti Movistar, Monster Energy dan sebagainya. Di Brazil pula, terdapat Yamaha NMAX Edisi Khas tema Star Wars untuk penggemar siri epik angkasa lepas itu.
Temanya berpandukan trilogi asal daripada Episod IV hingga VI dan dibahagikan kepada dua “pihak,” iaitu Rebel Alliance serta Galactic Empire.
NMAX tema Rebel Alliance berwarna putih dan perak serta kemasan warna dan logo merah seperti pesawat X-Wing yang diterbangkan oleh Luke Skywalker.
Untuk tema Galactic Empire pula, motosikalnya berwarna hitam dengan kemasan perak dan merah seperti pesawat TiE Advance yang diterbangkan oleh Darth Vader.
Apapun, model NMAX ini sama spesifikasinya dengan apa yang dijual di pasaran Malaysia, iaitu enjin 155cc dengan VVT kecuali ciri ABS untuk pasaran Brazil.
Adakah kita akan dapat edisi ini di Malaysia juga?
Sumber: Motociclismo