Topi keledar adalah sejenis topi keselamatan yang digunakan oleh penunggang motosikal. Matlamat utama topi keledar adalah melindungi kepala penunggang daripada hentakan, walaupun kebanyakan topi keledar memberikan kemudahan tambahan seperti pelindung muka, pelindung telinga, interkom dan sebagainya.
Komponen aksesori ini merupakan perkara wajib ketika menunggang di atas jalan raya. Undang-undang di Malaysia sememangnya mewajibkan pengguna motosikal untuk memakai topi keledar sewaktu menunggang di atas jalan raya namun sekiranya gagal tiada kompromi lagi anda pastinya akan di saman petugas keselamatan.
Dalam era semakin moden masa kini, corak dan rekabentuk topi keledar semakin berevolusi. Bukan sekadar menarik minat pengguna motosikal terhadap aspek keselamatan malah topi keledar masa kini tampak bergaya jika digunakan saban kali di atas jalan raya.
Pembuat topi keledar tempatan Laser Helmet kini memperkenalkan model terbaharu YH Pro LS77 dengan evolusi warna yang memukau. 12 pilihan warna menarik dengan setiap satu mempunyai kod warna yang berbeza.
Matt Cyan, Gross Candy Cyan, Matt Ruby Red, Mat Pink, Gloss Candy Pink, Gloss Candy Ruby Red, Matt Blue, Blues Candy Blue, Matt Titanium, Matt Orange, Gloss Candy Orange dan Matt Yellow merupakan 12 pilihan warna millennium yang boleh anda dapati.
Pilihan warna yang dibekalkan merupakan perkara subjektif malah jika anda halusi, torna warna yang ditonjolkan oleh 12 model YH Pro LS77 ternyata mampu menarik perhatian kenderaan lain sekali gus mampu mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Sementara pada material bahagian dalam YH Pro LS77 ternyata agak lembut dan mampu menyerap peluh dengan baik. Ia bermanfaat ketika cuaca panas dan memberikan keselesaan ketika menunggang dalam jarak yang jauh.
Ia juga dibekalkan dengan perlindung muka bagi menghalang sebarang bentuk serangga, habuk atau angin pada muka dan mata sekali gus menghalang kecederaan atau mengganggu penunggang. YH Pro LS77 turut mempunyai dua saluran angin di bahagian atas topi manakala pengunci yang dibekalkan adalah dari jenis mikrometrik yang mudah untuk dilepaskan.
Kebiasaan pengguna motosikal, visor (perlindung muka) merupakan satu perkara wajib bagi setiap kemunculan topi keledar baharu dan menjadi perkara biasa bagi penunggang bagi mengenakan gogal atau cermin mata hitam sebagai pelindung mata tambahan kepada topi keledar jenis ini tatkala disimbahi cuaca panas terik matahari.
Jika ia kurang sesuai dengan kepuasan anda, terdapat pelbagai visor pilihan samada warna atau saiz yang boleh didapati di luar sana samada pilihan warna kabur(opaque) atau warna gelap sekali gus mengurangkan silau matahari atau lampu hadapan kenderaan lain.
Untuk info, YSS Pro LS77 merupakan topi keledar dalam segmen separuh tertutup. Ia juga dikenali dengan topi keledar dengan ukuran 3/4, menawarkan pelindungan bahagian belakang kepala seperti mana segmen topi keledar separuh tertutup yang lain.
Jika berminat untuk memiliki topi keledar ini, sila hubungi;
YH Pro Motoworld Holding Sdn. Bhd.
No. 986, Jalan Rozhan, Cherok Tokun Bawah,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang,
No Tel : 04 – 551 2254
Emel : annies@laserhelmet.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/YH-Pro-Motoworld-Holdings-Sdn-Bhd-364293847520292/
Web : https://www.yhpro.com.my/