Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Yamaha Dedah Supersport Terbaharu

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-05-21
in BULETIN, UTAMA
0

Selepas beberapa bulan spekulasi dan khabar angin bertiup kencang, Yamaha akhirnya mendedahkan model supersport terbaharu, YZF-R7 2022. Ia dijangka dijual pada harga AS$8,999 (RM37,134) dan didatangkan dengan dua warna pilihan iaitu biru (Team Yamaha Blue) dan hitam (Performance Black).

Dari segi rekaan, jentera terbaharu itu kelihatan lebih mantap dan garang dengan dibangunkan menggunakan casis R7 diperbuat daripada rangka keluli. Bahagian hadapan dilengkapi lampu utama LED tunggal, unit lampu belakang, lampu indikator depan dan belakang yang menggunakan LED sepenuh masa untuk pencahayaan berkesan untuk tunggangan waktu siang dan malam.

Yamaha YZF-R7 2022 hadir dengan panel instrumen LCD penuh baharu dan paparan lebih luas untuk informasi seperti jam, posisi gear, jarak perjalanan dan takometer. Selain itu, terdapat punat pada handel bar untuk mengawal ciri-ciri berkenaan bagi memudahkan tunggangan. Ia turut menawarkan tempat duduk rekaan sporty yang mempunyai ketinggian 835 mm, berat 188 kg (wet weight), dan tangki bahan api berkapasiti 13 liter.

Jentera terbaharu itu mendapat khidmat enjin 689 cc crossplane 2 (CP2) yang mampu menjana kuasa mencecah 72 hp @ 8,750 rpm dan tork 67 Nm @ 6,500 rpm serta dipadankan transmisi enam kelajuan. Sistem suspensi pula, ia dilengkapi suspensi hadapan fork jenis terbalik (upside down) KYB boleh laras 41mm manakala suspensi belakang menggunakan monocross rekaan baharu.

Bagi keselamatan tunggangan, Yamaha YZF-R7 2022 mendapat sistem brek cakera berkembar 298 mm pada bahagian hadapan dengan kaliper brek 4 piston radial mount Brembo. Brek belakang pula menggunakan cakera tunggal bersaiz 245mm. Yamaha YZF-R7 2022 bakal memasuki pasaran Amerika Syarikat pada bulan Jun nanti malah pengeluar dari Jepun itu telah menerima tempahan untuk jentera terbaharu tersebut.

Sumber : Mekanika

Previous Post

Throwback : Borneo Cultural Festival Autoshow

Next Post

Throwback : Ride 1 Malaysia

Next Post

Throwback : Ride 1 Malaysia

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved