Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Throwback : Ride 1 Malaysia

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-05-21
in BULETIN, UTAMA
0

Kembara ke setiap negeri di semenanjung Malaysia bukanlah satu perkara baru dan menjadi impian setiap biker untuk menghabiskan destinasi di semenanjung Malaysia sebelum melangkah ke peringkat seterusnya. Kali ini, dua rakan dari kelab berbeza telah berjaya melaksanakan misi kembara Ride 1 Malaysia. Kembara ini disudahkan dengan sempurna oleh Muhammad Riduan Abdul Kadir (Riduan Benut) dari Club Crew of EX5 (COE) ditemani rakannya dari Pejuang EX5 Club, Mohd Fazli Ismail.

Tujuan utama kembara ini adalah untuk menaikan nama penghujung benua Asia supaya dikenali kelab-kelab permotoran di Malaysia supaya akan berlangsungnya acara-acara besar di sini. Di samping itu, ia juga sebahagian usaha mengubah persepsi negatif masyarakat yang memandang rendah terhadap penunggang kapcai khususnya cc rendah sekali gus menangkis gelaran “samseng jalanan” yang dilabelkan pada golongan ini.

Pengembaraan telah dimulakan di pantai timur Kota Tinggi, Mersing dan kedua-dua biker bergerak menuju ke Pekan, Teluk Cempedak, Cherating dan bermalam di Dungun tanpa sebarang masalah. Perjalanan turut lancar pada hari kedua dan ketiga dengan menempuh beberapa destinasi seperti Kuala Terengganu, Setiu Bandar Permaisuri, Kota Bharu, Gerik, sempadan Thailand, puncak Gunung Jerai, Alor Setar, Kangar, Bukit Kayu Hitam dan Sungai Nibong Pulau Pinang.

Namun begitu, perjalanan tergendala pada hari keempat kerana motosikal Fazli mengalami kerosakan di bahagian enjin di Juru, Kedah tetapi bernasib baik kerana ada yang sudi menolong. Malah, Fazli sendiri mempunyai kemahiran sebagai mekanik motor. Motornya pula adalah hasil tangannya dengan bantuan ahli kelab Pejuang EX5 Club lain. Perjalanan diteruskan setelah selesai motor dibaiki dan bermalam di Taiping, Perak. Perjalanan diteruskan pada hari kelima bermula di Taiping, menuju ke selatan Ipoh, masuk Pulau Pangkor menaiki feri, menara condong Teluk Intan, menara KLCC Kuala Lumpur, stadium Shah Alam dan bermalam di Seremban.

Pada hari terakhir iaitu hari keenam, kedua-dua biker ini telah memulakan perjalanan dari Stadium Paroi Negeri Sembilan menuju Dataran Air Keroh, Melaka dan terus ke Tanjung Piai Pontian (Penghulu Benua Asia). Ketibaan mereka disambut meriah oleh Yang Dipertua Majlis Belia Daerah Pontian En Mohd Sahril Bin Mohd Saleh dan ahli Parlimen Belia Malaysia negeri Johor En Mohd Hairul Azlan Bin Mohd Khodir. Kedua-dua biker ini turut menerima sijil penghargaan di atas usaha murni mereka dalam kembara Ride 1 Malaysia ini. Tahniah!

Previous Post

Yamaha Dedah Supersport Terbaharu

Next Post

Nikmati Ganjaran Ekstra Setiap Hari Dari Shell Sempena Musim Perayaan!

Next Post

Nikmati Ganjaran Ekstra Setiap Hari Dari Shell Sempena Musim Perayaan!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved