Bertempat di Wisma Sanyan Carpark, program Autoshow sempena penganjuran Borneo Cultural ini berjaya menghimpunkan para pencinta dunia permotoran di Sarawak. Ia merupakan acara permotoran berskala besar yang pertama kali diadakan serta dijangka menjadi acara tahunan.
Dianjurkan Sanyan Road Recreation Club (SRRC) serta Richard Lee selaku Presiden, penganjuran program ini bertujuan mewujudkan satu rujukan tempatan untuk sukan gaya hidup yang kompak, budaya, komuniti dan industi automotif.
Pelbagai aktiviti disediakan untuk para peserta dan pengunjung yang hadir sambil dihiburkan persembahan hiburan yang memukau. Autoshow sempena Borneo Cultural Festival ini turut menerima penyertaan dari beberapa kelab seperti Sibu Drift Team (SDT) RC Cars, Razz Chopper Motor Club (RCMC), Hornbill Clan MG, Smart Look MG, B.O.S.S (Bikers of Sibu Sarawak), Rebel Angels MC (RAMC), Speed Riders (SRMG), V-Twin Syndicate MG, Jebat Riders Borneo MG dan Borneo Angels Biker Club.