Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Vulcan 750, Cruiser V-Twin Pertama Kawasaki

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-23
in SHOW OFF, UTAMA
0

Sistem enjin V-Twin yang pertama menjadi kebanggaan Kawasaki dan ia juga merupakan model Cruiser pertama dikeluarkan. Di Amerika, model ini dikenali sebagai Kawasaki 750. Model ini berpeluang saya tunggang pada tahun 1995. Itupun kerana ia kepunyaan seorang teman. Kemunculan semula Vulcan 750 sangat menakjubkan dan sungguh mengujakan. Lagenda Vulcan, itu gelaran selayaknya diberikan kepada model ini. Namun, model ini tampil berbeza dengan sentuhan kreatif seorang insan yang cukup berpengalaman.

Layangan warna biru dan putih, diikuti rekabentuk yang jauh tersasar dari versi asal mencetuskan persoalan kepada setiap orang yang melihatnya. Apakah model sebenar motor ini? Tahun berapa ia dikeluarkan dan yang paling jelas sekali, apakah jenamanya? Semua jawapan untuk setiap satu persoalan tersebut hanya boleh dijelaskan oleh Royskullrider. Penjelasan yang pastinya cukup terperinci. Bermula dari awal ia dimiliki sehinggalah seperti dalam keadaan sekarang yang terpampang di hadapan mata. Suka untuk saya nyatakan di sini, ia merupakan informasi yang sangat berguna khususnya untuk generasi kini.

Tenang menjawab setiap persoalan yang diajukan sambil sesekali tersenyum kepuasan melihat ilham ciptaan yang diimpikannya, Royskullrider menjelaskan Vulcan 750 ini jarang digunakan. Disebabkan itu ia tidak pernah kelihatan di atas jalanraya. Sekiranya ada kelapangan untuk ke acara-acara tertentu, barulah ia ditunggangnya. Bercerita tentang motor kesayangannya, tiada apa-apa penambahan pada sistem enjin, transmisi dan juga brek kerana beliau lebih suka keaslian yang datang terus dari kilang.

Berpengalaman lebih dari 5 tahun dalam bidang jualan motosikal, beliau pernah menggunakan model Naza Blade 250 sebelum ini. Pelbagai persoalan timbul terutama sekali di kalangan rakan-rakan, kenapa model tahun 1992 yang menjadi pilihan? Ini kerana lebih banyak model chopper kelas sama serta terkini di luar sana. Bagi Roy, pemilihannya berdasarkan beberapa perkara. Dunia mengetahui model Vulcan 750 merupakan yang pertama menggunakan sistem enjin berbentuk V-Twin. Ia juga merupakan model Kawasaki Cruiser yang pertama. Ditambah pula sistem shaft bagi mengerakkan motosikal tersebut. Ciri-ciri yang memikat hati beliau untuk memilikinya.

Diawal-awal pengeluaran chopper di dunia, hanya 2 model yang menggunakan Sistem Shaft; Kawasaki Vulcan 750 dan Yamaha Virago 1100. Jadi ia sangat jelas, dengan memiliki sesuatu yang berlainan adalah satu kelebihan. Demikian huraian Roy dengan penuh semangat.

Perkataan Kawasaki boleh dilihat pada batang-batang rim depan dan belakang. Itupun memerlukan penelitian secara dekat. Tayar jenama SR777 digunakan di mana tayar depan menggunakan saiz 100/90/19. Manakala tayar belakang pula bersaiz 160/90 /15. Lumrah seorang biker, motosikal mesti menghasilkan bunyi yang mengancam. Sistem ekzos terpulang kepada kemampuan dan juga kriteria motosikal. Begitu juga dengan Roy, biar model lama atau dipanggil “tukun” oleh peminat motosikal berkuasa tinggi. Namun arus kecanggihan bunyi masa kini tetap diadaptasikan kepada motor kesayangannya.

Bermula dari pipping hingga kepada muffler. Semuanya hasil tangan sendiri. Sentuhan yang berhasil! Walaupun ekzos digunakan tanpa jenama, ia tetap mengeluarkan bunyi yang mengancam. Sentuhan beliau tidak berakhir di situ. Seperti diawal paparan, saya menyatakan rekabentuk yang jauh tersasar dari versi asal. Di sini beberapa modifikasi luaran dilakukan. Saya dapat mengesan antara beberapa elemen yang dimodifikasi. Ia berlandaskan pengalaman menunggang jentera ini 20 tahun lepas. Pelana tempat duduk telah ditukarkan Single Seat. Kalau diikutkan keasliannya, pelana bersambung serta panjang sesuai untuk membonceng. Dilengkapi dengan penyandar (back rest) bagi menambahkan keselesaaan pembonceng.

Handlebar custom telah dipasangkan bagi menggantikan yang asal. Menurut Roy penggunaan handlebar tersebut sebenarnya memenuhi citarasa masa kini. Walaupun diklasifikasikan sebagai ‘legend’ atau lagenda ia tidak bererti pemasangan aksesori terkini mencacatkan keasliannya.

“Bagilah nampak ala-ala klasik sedikit.” luah Roy lagi dari kelab Expendables MG Malaysia. Semoga motor dimilikinya ini memberikan kepuasan setelah menghabiskan duit lebih kurang 7k.

Previous Post

Kapcai Super Moped Gathering

Next Post

BROC PARKES TERPANTAS UJIAN PRA-MUSIM ARRC 2019

Next Post

BROC PARKES TERPANTAS UJIAN PRA-MUSIM ARRC 2019

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved