Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kapcai Super Moped Gathering

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-21
in BULETIN, UTAMA
0

Diadakan buat pertama kalinya pada 24 Februari lalu di RTC Perak, program ini telah berjaya menghimpunkan para pemilik dan semua motosikal kapcai ber cc besar 135cc hingga 185cc. Dianjurkan GAP Event Management dengan kerjasama FAMA dan RTC Perak, program Kapcai Super Moped Gathering ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran rider-rider moped dari seluruh negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan tidak ketinggalan penyertaan rider-rider moped dari negeri Perak sendiri.

Bagi memastikan penganjuran julung kalinya ini berjaya dan mendapat tempat di kalangan para pencinta motosikal, pihak penganjur telah rancak mengadakan kempen mempromosikan Kapcai Super Moped Gathering ini dan turut mendapat sokongan para penggiat dunia permotoran. Antara motosikal kapcai dengan cc tinggi yang mengikuti program ini adalah Yamaha LC 135, Honda RS150R, Yamaha Y15zr, Benelli Rfs150i, Sym Vf3i 185 dan Suzuki Belang 150. Dianggarkan sebanyak 800 buah motosikal moped berjaya dihimpunkan sekali gus mencapai sasaran.

Walaupun diadakan buat kali pertama, program ini mencatatkan rekod tersendiri apabila mendapat sambutan di luar jangkaan. Kejayaan penganjuran program ini bukan sahaja kerana kesungguhan pihak penganjur dalam merangka dan melakukan persiapan dengan cukup rapi, malah turut didukungi barisan para penaja yang berusaha dan memberi sokongan tanpa berbelah bahagi. Tahniah diucapkan kepada para penganjur serta penaja yang terdiri dari Sky Tyre, Koyoko, Kenda, Sing Yik Motors CK Motorworld dan banyak lagi yang sudi menyumbang hadiah untuk Cabutan Bertuah.

Turut hadir memeriahkan lagi penganjuran program ini adalah En Salleh dan En Fikri selaku Pegawai FAMA yang sudi melawat semasa program dijalankan. Ucapan ribuan terima kasih kepada FAMA dan RTC Perak kerana sudi bekerjasama dalam menganjurkan program ini. Tidak lupa juga, setinggi penghargaan diucapkan kepada para peniaga yang sudi memeriahkan lagi suasana.

Lebih dari 24 pilihan The Best dan satu piala khas Best Of The Best berjaya dibawa pulang Zam Baba atau lebih dikenali sebagai Abang Boober dari Kuala Lumpur bersama 10 kru mereka yang hadir dari pagi hingga tamat program. Tahniah juga diucapkan kepada Geng Tayar Besar (GTB) En Rudy dari Kuala Lumpur kerana menghantar 3 buah motosikal Y15 yang telah diubahsuai dengan ekstrem dan menjadi tumpuan orang ramai sepanjang program dijalankan. Ekoran sambutan luar biasa ini, pihak penganjur merancang untuk menjayakan program setiap tahun dan dijadikan sebagai acara tahunan.

Previous Post

Maimon CK9 R, Seiring Sejalan!

Next Post

Vulcan 750, Cruiser V-Twin Pertama Kawasaki

Next Post

Vulcan 750, Cruiser V-Twin Pertama Kawasaki

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved