Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Vespa PX 200 Black Sabbath

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-10-02
in SHOW OFF, UTAMA
0

Tak perlu ditanya, pasti ramai sudah mengenali Vespa PX 200 ini. Dimiliki oleh Shamsol Azarie, motor lejen ini mempunyai kisah menarik yang harus dikongsikan bersama para pembaca Roadstar. Sebelum itu, suka untuk abam Bobby maklumkan yang saudara Shamsol ini sebenarnya presiden untuk Group Ride Vespa 1 Malaysia #jomtryclosedfriend.

Bagi makluman, kelab ini sudah bertapak lama di Malaysia dan kebanyakan yang bernaung di bawahnya merupakan rider vespa yang meminati dunia ke-vespa-an, ubahsuai kenderaan, upgrading Vespa, muzik dan seni fesyen dalam komuniti mereka.

Berkonsepkan tema Black Sabbath yang merupakan sebuah band metal sangat dikenali di seluruh dunia dan kegilaan Shamsol terhadap band Black Sabbath membuatkan lahirnya PX200 V4 bewarna hitam ini. Kalau diperhati secara teliti, motor ini sangat kemas di bahagian luarannya. Badannya pula disalut dengan cat berwarna hitam metalik dan disalut dengan decal Black Sabbath. Bukan itu sahaja, font di bahagian sisi motor ini juga terdapat beberapa font dan barisan lirik lagu daripada band metal ini.

Idea menggunakan konsep ini, membuatkan motor Shamsol menepati tema yang ingin disampaikannya kepada sesiapa sahaja yang melihat. Aksesori bahagian luar menarik perhatian abam Bobby. Penggunaan meter digital Sip yang mana teknologi baru diserapkan ke motor retro sebegini. Ini diikuti pantulan cahaya yang sangat menarik dan bacaan di meter ini boleh membuatkan rider memantau kelajuan dan sebagainya ketika menunggang.

Kelajuan motor dikawal oleh system brake Grimeca stage 6 dan ditarik menggunakan lever brake GS. Apabila sebuah motor telah dipertingkatkan kelajuannya, pasti aspek keselamatan harus dititikberatkan. Ingat ya, aspek keselamatan tidak boleh dipandang ringan kerana apabila sesebuah jentera telah dinaiktaraf, sistem henti dan gantungan moto juga harus selari dengan performance moto. Di sini Shamsol menggunakan sistem gantungan dari BGM adjustable suspension hi low soft hard yang boleh dilaras bila-bila masa mengikut kesesuaian tunggangan.

Boleh dikatakan, banyak yang telah diubahsuai Shamsol terhadap motor ini. Berbeza dengan kebanyakan pemilik lain, Shamsol menekankan aspek kelajuan dan kuasa dalam menjayakan projek ini. Untuk makluman, motor ini dipadukan dengan Malossi 221 MHR yang mana umum sedia maklum, perbezaannya dengan motor ori.

Manakala crank pula dipasangkan dengan Mazzucheli Longstroke Crankshaft version terkini. Bagi lebih cengkaman dan pelepasan enjin, klac dari jenama BGM CR80 Racing Clutch telah dipasangkan dan ia dipadankan dengan gear 1 ,2, 3 dan 4 Twinscooter Gear. Abam Bobby dapat saksikan tempoh hari semasa penggambaran, memang motor ini tidak selesa dipandu secara santai atau perlahan. Ianya dibina untuk kelajuan.

Motor ini juga menggunakan Sip Vape Ignition untuk Api dan Carburator 28 (masih rotary valve). Akhir sekali, pastinya ekzos Series Pro DSE bagi setiap pencinta kelajuan. Ekzos ini mempunyai rupa hasil seni yang sangat menarik dan hasil performance yang telah diletakkan sepenuhnya pada enjin akan disalurkan ke bahagian ini untuk dilepaskan.

Di sini, banyak pihak yang turut sama membangunkan projek Black Sabbath dan kombinasi kesemua ini telah menghasilkan Vespa berkualiti tinggi. Antara yang terlibat adalah JTCF Garage, MMK Performance, Abg Brendo Restoreration dan juga AdvanceRacerAccesories.

“Janganlah ditoreh luka yang lama..
Patah tumbuh hilang berganti…
Buang yang keruh,Ambil yang jernih…

Setinggi-tinggi gunung tahan…
Tinggi lagi gunung kinabalu…
Abang datang kemari untuk menutup luka yang lama…
Menggantikan dahan yang patah..
Menjernihkan yang keruh…”
‘Che Man’…

Previous Post

KYT Hellcat. Pintar, Menarik Dan Trendy

Next Post

Inovatif Terbaharu Topi Keledar Perlumbaan

Next Post

Inovatif Terbaharu Topi Keledar Perlumbaan

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved