Pemilihan nama bagi model baharu Suomy dibuat berdasarkan keupayaan model inovatif ini terhadap segala aspek yang diperlukan bagi seseorang pelumba ketika bersaing dalam saingan perlumbaan motosikal masa kini. Malah dengan kerjasama pelumba Ducati MotoGP, Andrea Dovizioso, model Suomy SR-GP antara topi keledar paling premium dalam keluarga Suomy. Selain itu, ia juga telah diuji sepenuhnya dalam perlumbaan seperti Tourist Trophy yang berlangsung pada tahun 2019 lepas.
Ciri-ciri seperti faktor keselamatan termasuk tahap perlindungan tinggi, ergonomik, visual penglihatan yang jelas dan aerodinamik antara aspek paling diutamakan sekali gus menjadikan model SR-GP ke tahap tertinggi. Untuk rekod, model SR-GP tampil berimej baharu termasuk ventilasi seperti cengkerang luar mempunyai saluran yang menyediakan aliran udara yang lebih berkesan untuk disalurkan ke dalam topi keledar dan spoiler belakang yang direka khas bagi meningkatkan prestasi aerodinamik dan juga pengudaraan yang baik.
Boleh dikatakan model SR-GP ini antara perintis kepada era terbaharu bagi pengeluaran topi keledar jenama Suomy. Cengkerang bagi model ini dibuat dengan bahan seperti serat Tricarboco – komposit baru yang menjadikan ia paling ringan namun dalam masa yang sama lebih keras dan melindungi si pengguna. Komposit baru adalah campuran karbon dengan berat / beban pemecah yang berbeza yang dihubungkan dengan resin aramid yang memastikan cengkerang ringan tetapi jauh lebih tahan terhadap segala bentuk hentaman.
Pelapik polistirena dalaman direalisasikan dalam empat saiz (S, M, L dan XL) bagi mendapatkan ergonomi yang lebih baik dan ketumpatan yang selesa. Ciri ini membolehkan penyerapan daya secara berperingkat dan progresif hasil kesan dari perlumbaan agresif atau perjalanan yang mencabar. Ketika ujian dilakukan tatkala menerima impak yang kuat, bahan seperti polistirena mempunyai peranan sangat penting malah turut membantu dalam menyerap hentaman yang berlaku. Segala hentaman diserap oleh cengkerang luaran dan pengubahsuaian rekabentuk topi keledar itu sendiri cukup positif.
Kepadatan polistirena yang berbeza pada setiap ruang cengkerang, sekali gus mengoptimumkan tahap penyerapan maksimum di semua kawasan topi keledar. Sementara itu, Suomy SR-GP dibekalkan dengan perlindung cermin muka atau visor yang anti-calar, penggunaan cermin optik kelas 1 dengan ketebalan yang cukup tinggi. Ia juga mudah ditanggalkan tanpa memerlukan sebarang alatan tambahan.
Tuas pelepas pula diperbuat daripada aloi logam terbaik yang memberikan kekukuhan yang lebih besar pada pemasangan. Visor juga dilengkapi dengan mekanisme pengunci “Racing Lock System” dalam aloi logam. Mekanisme ini mengurangkan kemungkinan ia terlepas sekiranya berlaku kejadian tidak diingini berlaku.
Model SR-GP dilengkapi dengan PINLOCK Max Vision 120, sistem antikecurian paling berprestasi di pasaran ketika ini. Manakala dibahagian pengikat pula, SR-GP menggunakan Sistem Pengikat D-Ring sistem yang dianggap tidak mudah untuk dibuka ketika berlaku sebarang malapetaka dan agak selamat bagi si penunggang.
Ujian semasa perlumbaan grand prix motosikal dunia terpanas, nyata menyebabkan prestasi dan keupayaan pelumba sedikit sebanyak terjejas. Tumpuan dan daya tahan pelumba juga agak kurang konsisten. Bagaimanapun, dengan sistem pengudaraan yang baik pada model SR-GP, ia memberi sedikit kelebihan kepada si pelumba tatkala beraksi di pentas panas seperti mana berlaku di Litar Sepang.
SR-GP menggunakan lima saluran pengambilan udara yang berfungsi bersama dengan sistem saluran bersepadu yang rapi, menjamin aliran udara yang sangat baik di dalam topi keledar. Model terbaharu Suomy ini turut mendapat label piawaian dari pelbagai agensi kerajaan pelbagai negara antaranya ECE22-05 dari Eropah, DOT dari Amerika Syarikat, DOT and ECE22-05 dari Kanada, Inmetro NBR 7471 dari Brazil dan JIS dari Jepun.
Bahagian dalaman (inners) atau pelapik pipi dapat ditanggalkan, dicuci dan diganti. Komponen ini terbuat dari kain berserat tinggi dan menawarkan ciri-ciri seperti mengalirkan air peluh dari kepala, kekal segar dan kering dan diperbuat daripada kain yang ringan, lembut dan mempunyai lubang-lubang pengudaraan.
Fabrik pipi yang dipasang cukup lembut serta bersesuaian dengan bahagian muka pengguna malah pada keadaan tertentu ia cukup mudah untuk dijaga dan sekiranya perlu, ia boleh ditanggalkan seandainya mahukan penyejatan air peluh pengguna secara manual.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
MKA Motorparts (M) Sdn Bhd (HQ)
No.40, Jalan TTP5 Taman Perindustrian Putra
47130 Puchong, Selangor
No Tel : 03-5880 5533
MKA Motorparts (M) Sdn Bhd (Warehouse)
135 & 137, Jalan Murni Sungai Dua,
13800 Butterworth,
Pulau Pinang.
No Tel : 04 – 356 2100
Emel : info@motorparts.asia
Facebook : https://www.facebook.com/MKA.Motorparts/
Facebook : https://www.facebook.com/racingboy.my/
Facebook : https://www.facebook.com/SUOMYMALAYSIA/
Facebook : https://www.facebook.com/KYTMALAYSIA/
Facebook : https://www.facebook.com/r9exhaust.my/
MKA Website: http://www.motorparts.asia/
Racingboy Website : https://www.racingboy.com.my/
Suomy Website: http://www.suomy.com/en/
KYT Website: http://www.kythelmet.com/
R9 Exhaust Website: http://r9exhaust.com/