Pembuat topi keledar bertaraf dunia, KYT kini memperkenalkan variasi terbaharu dari model KYT Hellcat mereka. Diberi nama Galaxy Bike In, model Hellcat ini menampilkan rekaan terkini bersesuaian bagi menarik perhatian pengguna muda. Selain segar dengan rekaan grafik yang menarik, KYT Hellcat yang sebelum ini memperkenalkan model Hellcat Arrow, Hellcat Star, Hellcat SuperFluo Red dan Hellcat SuperFluo Yellow turut menampilkan ciri-ciri keselamatan demi kepentingan pengguna masa kini.
KYT Hellcat juga dibina dengan bahan kerangka Unica selain turut dilengkapi dengan sistem pengudaraan, pelindung matahari (cermin gelap di dalam) dan pelindung lebar (visor) yang baik bagi melindungi muka pengguna daripada angin dari arah hadapan. Model KYT Hellcat dilihat antara topi keledar pintar memandangkan ia dilengkapi dengan sistem anti-kecurian yang inovatif, menyelesaikan masalah penyimpanan topi keledar sekalipun bagi sebuah jentera dua roda yang tidak mempunyai simpanan di bawah tempat duduk.
Terdapat empat warna pilihan yang boleh didapati dari model KYT Hellcat bagi model Galaxy Bike In ini antaranya Hitam/Fuxia, Hitam/Biru Aqua, Hitam/Merah Fluo dan Hitam/Emas. Model terbaharu dari variasi Hellcat ini, menawarkan saiz dari 40cm x 30cm x 30 cm. Untuk saiz yang sebenar, KYT Hellcat pelbagai versi diperkenalkan kepada 5 saiz berlainan bermula dari saiz XS, S, M, L dan XL manakala berat model ini dianggarkan sekitar 1300 gram.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
MKA Motorparts (M) Sdn Bhd
135 & 137, Jalan Murni Sungai Dua,
13800 Butterworth,
Pulau Pinang.
No Tel : 04 – 356 2100
Emel : info@motorparts.asia
Facebook : https://www.facebook.com/MKA.Motorparts/
Facebook : https://www.facebook.com/KYTMALAYSIA/
MKA Website: http://www.motorparts.asia/