Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Versys X 250, Motosikal Kembara Terbaik Kawasaki

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-23
in SHOW OFF, UTAMA
0

Ramai yang bertanya dan minat dengan motosikal Kawasaki Versys X 250 ini, apa kelebihan dan kemampuannya? Setelah diberi peluang untuk menunggang uji motosikal kembara ini yang mempunyai enjin berkapasiti 249cc, ia mampu pergi hampir kesemua muka bentuk jalan di Malaysia dengan lancar dan baik. Pada mulanya, motosikal kembara ini nampak macam tinggi kedudukan tempat duduknya. Setelah sesi tunggang uji, sebenarnya ia mempunyai kedudukan tempat duduk yang rendah dan reka bentuk yang ramping membolehkan penunggang meletakkan kedua-dua kaki di atas tanah dengan mudah juga kukuh apabila berhenti dengan penuh yakin. Manakala tempat duduk belakang pula luas dengan bar pemegang yang dibentuk secara ergonomik untuk pembonceng ataupun peletakan bagasi.

Motosikal kembara ini didatangkan dengan tangki bahan api yang mampu memuatkan minyak sebanyak 17 liter. Pada kelajuan standard atas lebuhraya, cukup untuk jarak perjalanan sejauh 400km dengan mudah. Seterusnya, posisi tunggangan yang ramping dan menegak menawarkan gabungan kawalan dan keselesaan dalam pelbagai situasi tunggangan. Walaupun jarak dekat ataupun jauh, penunggang akan menikmati keselesaan dan kawalan yang ditawarkan oleh posisi tunggangan. Gabungan antara windshield yang besar dengan reka bentuk kowl atas yang tinggi, diinpirasikan daripada model-model motosikal pengembaraan yang memberikan perlindungan angin yang unggul, menjadikan penunggangan jarak jauh lebih selesa dan bergaya.

Selain itu, reka bentuk panel instrumentasi Versys X 250 bercirikan takometer yang mudah dilihat di samping paparan LCD multifungsi di sisi yang lain. Kerangka yang lasak dan teguh boleh menangani gangguan-gangguan luar sementara pelekap hentakan belakang diperkuatkan untuk memastikan pengendalian selamat walaupun di atas jalan tak rata. Suspensi long-travel boleh membantu memberi keseronokan pada tunggangan yang meliputi pelbagai jenis permukaan jalan. Walaupun bukan motosikal off-road roda jejari 19” hadapan dan 17” belakang, Versys X 250 ini memberi kemampuan yang hebat di atas jalan tidak rata.

Enjin berkembar selari yang berkuasa kapasiti 249 cm3 ini dengan sistem penyejukan cecair, DOHC, enjin berkembar selari 8-injap memberi kuasa yang responsif, lancar serta tepat di mana ia perlukan. Dalam teknologi pengurusan haba seperti penutup kipas radiator yang telah dipatenkan mengalirkan udara panas ke bawah serta jauh dari penunggang, sementara pembukaan fairing yang besar membenarkan pengaliran udara yang lancar untuk menghilangkan haba enjin.

Kesimpulannya, motosikal Kawasaki Versys X 250 memang terbaik dalam kembaranya. Harganya pula mampu milik. Rugilah kepada sesiapa yg tidak memilikinya untuk merasai kembara sebenar dengan Versys X 250.

SPESIFIKASI ENJIN
Jenis : Sejukan cecair, 4 lejang, berkembar selari
Sesaran : 249 cm3
Gerek dan Lejang : 62.0 x 41.2 mm
Nisbah Mampatan : 11.3.1
Sistem Injap : DOHC, 8 injap
Sistem Bahan Api : Suntikan Bahan Api: diameter 28mm
x 2 injap pendikit berkembar
Sistem Pencucuh : Digital
Penghidup : Elektrik
Pelinciran : Pelinciran jenis paksaan, takungan basah
Prestasi
a) Kuasa maksimum : 24.7kw {34PS} / 11,500 min -1
b) Tork maksimum : 21.7 N.m {2.2 kgf.m} / 10,000 min -1

Previous Post

Benelli TNT600

Next Post

TBW 2019 : Seri bersama Ladies Bikers (Gabungan Kelab Bikers Wanita)

Next Post

TBW 2019 : Seri bersama Ladies Bikers (Gabungan Kelab Bikers Wanita)

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved