Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Benelli TNT600

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-28
in SHOW OFF, UTAMA
0

Dilahirkan pada 1911, Benelli merupakan antara syarikat pembuat motosikal tertua dari Itali. Zaman syarikat ini telah melalui liku yang panjang untuk mengekalkan diri sebagai pembuat motosikal bebas yang terus bertahan.

Dari sebuah firma kecil di kawasan pedalaman Itali, tradisi automotif benua tersebut berterusan dari zaman sebelum perang dunia kedua, era moden dan memasuki pasaran yang cukup mencabar. Hari ini setelah melalui proses pemilikan yang panjang, Benelli dimiliki oleh Kumpulan Qianjiang dari negara China.

Menerusi rangkaian pengeluaran Keeway Benelli, nafas baru motosikal bermula kembali. Fokus Qianjiang Group kini beralih ke pasaran global dengan memfokuskan pada benua Asia. Model khusus mula dibina bagi memenuhi keperluan tersebut. Gabungan teknologi dan seni kraf Itali telah melahirkan pasaran motosikal mampu milik oleh teknik pasaran Asia yang berkesan. Model terawal yang menerima sentuhan ini ialah Benelli TNT600.

Dengan pemilihan enjin 4 selinder paralel berkapasiti 600cc, 84hp, sistem suntikan bahanapi dan rekabentuk menarik, ia percaturan terbesar bila dijual pada harga paling rendah dalam kumpulannya. Pada harga kurang RM30,000, TNT600 segera berada dalam radar pemerhati motosikal berkuasa sederhana yang dahagakan teknologi pada harga yang berpatutan. Tidak keterlaluan saya katakan, bentuknya benar-benar menambat hati, prestasinya pula ternyata tidak menghampakan.

Sebagai seorang anggota tentera berjiwa muda, Elias b. Arzimi atau lebih mesra dengan panggilan Achik Kawa memilih TNT600 sebagai pengangkutan hujung minggunya. Minat yang mendalam terhadap jentera 2 roda ini tidak pernah luntur sejak beliau mula mendapat lesen memandu selepas tamat zaman persekolahannya.

Berasal dari Simpang Empat Kangkong, Alor Setar Kedah, Achik pertama kali menunggang Yamaha 125Z. Sebuah underbone 2 lejang paling berkuasa pada zamannya. Malah hingga ke hari ini pun 125Z masih digilai oleh mereka yang mengutamakan kelajuan.

Tak lama selepas itu, selera beliau berubah kepada jentera yang lebih besar pula. Pilihannya masih jentera 2 lejang Yamaha TZM 150cc. Setelah puas mengisi minyak 2T akhirnya beliau beralih kepada jentera 4 lejang Kawasaki Ninja 250cc. Peralihan ini memberi kesan terhadap gaya tunggangannya lalu beliau mengambil keputusan untuk membeli sebuah scrambler offroad DTM 150cc sebagai hobi sampingan.

Sejak melihat Benelli ini diperkenalkan beberapa tahun lepas, Achik menyimpan hasrat untuk memiliki jentera idamannya ini. Kesabaran dan semangat setiakawan dalam arena permotoran telah membantu beliau memiliki TNT600 ini pada tahun lepas dan sejak itu beliau mula mengenali selok-belok motosikal berkuasa tinggi dengan lebih dekat lagi.

Beliau kerap mengikuti konvoi dan acara marshal untuk memantapkan lagi aspek tunggangannya. Konvoi dari Utara ke Selatan tanahair itu terlalu biasa baginya yang kini baru mencecah umur 32 tahun. Waktu lapangnya pula kadangkala diisi dengan aktiviti sukan lasak moto offroad yang masih lagi disimpan ke hari ini.

Beliau juga kerap memberi sokongan samada secara langsung atau tidak terhadap apa juga acara permotoran yang dijalankan. Kini menetap di kem 1 Briged Kem Rasah, Seremban, Negeri Sembilan. Yang tak jauh dari ibukota memberi banyak kesempatan pada beliau memeriahkan acara permotoran yang diadakan di sekitar Lembah Kelang dan bahagian tengah.

Previous Post

FKR Konvensyen 2018/2019 di Macao dan Zhuhai selama 4 hari 3 malam

Next Post

Versys X 250, Motosikal Kembara Terbaik Kawasaki

Next Post

Versys X 250, Motosikal Kembara Terbaik Kawasaki

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved