Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

TBW 2019 : Seri bersama Ladies Bikers (Gabungan Kelab Bikers Wanita)

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-28
in BULETIN, UTAMA
0

Terengganu Bike Week sudah mula menempah nama sebagai salah satu temasya permotoran yang berjaya di Malaysia. Tarikan negeri Terengganu itu sendiri menjadi sebab utama kepada bikers dari seluruh negara untuk ke sana. Lagilah apabila kita terkenangkan ombak yang menghempas pantai, makanan beraneka rasa dan masyarakat tempatan yang mesra, sudah cukup membuat kita bagai dilambai-lambai ke negeri Terengganu.


Dan semestinya, Ladies Bikers bersama Gabungan Kelab Bikers Malaysia yang diketuai Puan Maznah Muhamad tidak melepaskan peluang merasai pengalaman menunggang motosikal ke Terengganu sekaligus menempatkan nama mereka dalam senarai kelab-kelab permotoran yang hadir pada tahun ini. Dicatatkan pengunjung TBW mencecah 50 ribu orang, cukup meriah dan gamat suasana terasa, pengunjung baik orang awam dan juga bikers yang hadir amat berpuas hati dari segi pengisian dan juga persembahan disediakan oleh penganjur.
Ladies Bikers memulakan ride mereka pada 29hb Mac, seawal pagi semua sudah berkumpul di BHP Gombak. Perancangan diatur dengan teliti oleh Puan Maznah, seramai 20 Ladies Bikers dari lembah Klang, 15 orang dari Johor serta 7 orang dari utara secara rasmi menyertai ride ke TBW kali ini.


Ladies Bikers apabila berkumpul sentiasa mencuri perhatian khalayak umum dari yang muda remaja, pertengahan dan veteren pasti menjadi tumpuan orang ramai. Bukan sahaja motor yang ditunggang, malah tuan empunya motor juga pasti menjadi tumpuan setiap mata yang memandang. Dari pandangan yang mengagumi hinggalah pandangan nakal dari kaum lelaki, ini sudah biasa buat mereka.


Setelah semua berkumpul, perjalanan bermula dengan mendaki Lebuhraya Karak dan seterusnya memasuki Lebuhraya Pantai Timur, ini sahaja jalan yang ada dan terpaksa ditempuhi untuk menuju ke Pantai Timur jika bermula dari Lembah Klang. Ladies bikers selalunya bergerak secara konvoi dan dikawal pasukan marshall berpegalaman. Kekuatan marshall dan ditambah disiplin Ladies Bikers, tunggangan kali ini agak laju dan lancar hingga RNR Temerloh.


Di RNR Temerloh, Lady Bikers berhenti untuk bersarapan di mana pemilik stesen minyak Shell, RNR Temerloh, Tuan Haji Faizal telah menaja sarapan pagi istimewa. Selepas itu, konvoi meneruskan perjalanan merentasi Lebuhraya Pantai Timur dan checkpoint rehat seterusnya ialah RNR Paka. Kali ini, Ladies Bikers dari KL ini telah disambut oleh 100 bikers dari pelbagai kelab dari Terengganu.
Pemilik Avenue Petromart RNR Paka, Datuk Mohd Fuzai Mohd Rahim telah menjamu semua bikers hidangan makan tengahari dengan menu istimewa negeri Terengganu, Nasi Dagang serta kuih-muih tradisional Terengganu. Turut sama dalam majlis makan tengahari tersebut adalah Miss Karen Kim, District Manager Shell East Coast dan Mr Robert Choo, Territory Manager Go2.


Pertemuan ini seterusnya telah menjadikan ia sebuah acara rasmi, Official Flag Off ke Terengganu Bike Week 2019. Konvoi besar yang bergabung ini terus menuju lokasi TBW2019 di Pantai Batu Burok. Perjalanan lebih dari 100km menyelusuri jalan perseketuan Negeri Terengganu. Agak menarik perhatian buat yang pertama kali ke negeri-negeri pantai timur disajikan sepanjang perjalanan susasana perkampungan nelayan, pokok kelapa melambai dan pandangan pesisiran pantai mencipta sensasi damai. Sebaik Ladies Bikers tiba di tapak Bike Week, mereka mula meninjau seluruh tapak acara. Setelah selesai, semua peserta menuju ke hotel yang telah ditempah di Pantai Batu Burok.


Pada sebelah malam, Lady Bikers dijemput untuk jamuan makan malam di Kediaman Menteri Besar Terengganu. Lady bikers disambut mesra oleh Isteri YAB Menteri Besar, YABhg Tuan Faizah Tuan Abd Rahman, ADUN Wanita, YB Hajah Zuraida Md Noor, YB Senator Hajah Nuridah Salleh dan Pegawai Khas Hal Ehwal Wanita, Pejabat Menteri Besar, Hajah Khairiah Mokti.


Pada hari kedua, Ladies Bikers tidak melepaskan peluang menunggang sekeliling Kuala Terengganu, bersarapan di Taman Tamadun Islam Terengganu, menikmati keindahan landskap dan monumen yang cantik. Tidak habis dengan itu sahaja, seterusnya Ladies Bikers dipelawa menaiki cruise di muara Sungai Terengganu menuju Kampung Pulau Ketam. Di sana Lady Bikers ditaja makan tenghari bermenukan makanan laut dari penganjur.


Berat mata memandang, berat lagi hati untuk meninggalkan Negeri Terengganu, sepanjang dua hari disini, pelbagai pengalaman manis terukir. Tidak dilupakan, Ban Zen Motors Sdn Bhd (Melaka) yang sering menaja Ladies Bikers dalam apa-apa jua program yang telah diatur. Semoga perniagaan Ban Zen terus maju. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, luangkan masa ke galeri Ban Zen yang mempunyai 7 cawangan di Melaka, Alor Gajah, Bukit Katil, Cheng, Durian Tunggal, Jasin, Merlimau, Sungai Udang dan satu cawangan khas yang menjual motosikal hibrid jenama Treeletrik yang dijana oleh teknologi mesra alam. (Ban Zen Motors Sdn Bhd Alamat HQ: No 6,8,10, Jalan Durian Daun, 75400 Melaka, telefon: 06-2833731).
Perkongsian : Rohaizat Adnan

Previous Post

Versys X 250, Motosikal Kembara Terbaik Kawasaki

Next Post

Ride Santai Ukhwah Bentong

Next Post

Ride Santai Ukhwah Bentong

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved