Seiring dengan kata-kata yang sering dikatakan oleh riders di Malaysia “Ukhuwah Melangkaui Sempadan”, kali ini Rose Riders menggerakkan ahli-ahlinya di seluruh Malaysia dan berkampung di Kota Bahru di Kelantan menerusi program Kembara Ukhuwah Kota Bahru.
Program ini berlangsung dari 14 hingga 16 Januari lalu yang dianjurkan dengan usahasama mantap penaung dan presiden iaitu Bro Zass dan juga presiden Kelantan Bikers, Mr Otai Ayahmat. Setelah ditunda dari bulan Ogos ke November, akhirnya ia berjaya direalisasikan pada Januari lalu.
Sepanjang kembara berlangsung, para peserta dari Rose Riders menerima layanan yang cukup harmoni serta disantuni puluhan ahli-ahli ini group ini dilayan dengan penuh harmoni dan disantuni oleh ahli-ahli grup Kelantan Bikers. Mereka banyak membantu dengan menunjuk arah dari awal sehingga program ditamatkan.
Salah satu pengalaman yang cukup menarik untuk dikongsikan bersama para pembaca, konvoi ini dapat menikmati lokasi-lokasi yang indah. Ditambah pula dengan keramahan riders Kelantan yang menyambut kedatangan Rose Riders di bumi Serambi Mekah ini dengan tangan yang terbuka luas. Sudah tentunya, para peserta akan kembali lagi satu hari nanti. Insya-Allah.
Perkongsian : Bro Zass