Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, Hong Leong Yamaha Malaysia telah menganjurkan Dewi Yamaha Riding Workshop pada 4 Mac lalu di Litar Antarabangsa Sepang. Selain memberi maklumat tepat dan betul terhadap perkara berkaitan tunggangan motosikal, tujuan ia dianjurkan adalah untuk memecahkan pandangan bahawa wanita bukan penunggang motosikal yang baik.
Setiap peserta perlu menjalani ujian swab RTK di kaunter pendaftaran dan hanya yang disahkan negatif sahaja dibenarkan untuk meneruskan bengkel ini. Sesi dimulakan dengan teori tentang posisi tubuh yang betul ketika menunggang dan pentingnya memilih pakaian menunggang yang selamat.
Sesi diteruskan dengan bahagian praktikal termasuk ujian sebenar di atas trek Sepang dilakukan sendiri oleh peserta yang diawasi oleh tenaga pengajar terlatih Yamaha diketuai Jalaludin Kadri. Seterusnya, para peserta berpeluang menunggang secara santai bersama Ahirine Ahirudin, duta Dewi Yamaha di litar sebelum ditamatkan di sekitar pukul 6.00 petang.
Sumber : Yamaha Motor Malaysia