Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Ukhuwah Melangkaui Sempadan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-02-27
in BULETIN, UTAMA
0

Berlangsung selama dua hari, acara yang pertama kali dianjurkan ini mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan. Teluk Batik Bike Mix 2024 yang bertempat di Teluk Batik ini merupakan anjuran usahasama di antara Changkat Jering Route 1, Sungai Tinggi A101 dan Teluk Batik Route A188.

Diadakan selama dua hari iaitu pada 3 dan 4 Februari, acara ini mendapat kerjasama penuh Majlis Perbandaran Manjung, Polis DiRaja Malaysia, Kelab Sahabat Pitstop Malaysia, RELA dan Pitstop Perak. Bagi memastikan acara berjalan lancar dan penuh kemeriahan, pelbagai aktiviti telah disediakan pihak penganjur. Antaranya seperti gerai-gerai makanan, pakaian dan juga pameran motosikal berkuasa tinggi.

Pada hari pertama, tapak acara dimeriahkan dengan persembahan busking, pameran motosikal dari para pengedar dan juga segmen Motoshow. Di sebelah malamnya berlangsung majlis perasmian yang dirasmikan oleh Tuan Haji Razak Bin Nazri, Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon 4. Tidak ketinggalan, segmen cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama berupa sebuah motosikal.

Keesokan harinya, tapak acara digegarkan dengan segmen motorshow yang diadakan selama dua hari. Bagi segmen ini, pihak penganjur telah menyerahkan tanggungjawab Geng Autoshow Perak (GAP) untuk mengelolakan pertandingan motorshow. Acara melabuhkan tirai dengan majlis penyampaian hadiah kepada barisan pemenang motorshow.

Walaupun dianjurkan buat pertama kali, Teluk Batik Bike Mix 2024 ini berjaya menghimpunkan para pengunjung khususnya yang datang bersama kelab masing-masing dari seluruh Malaysia. Dianggarkan hampir 4 ribu orang telah hadir selama dua hari acara berlangsung.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan penaja yang tidak putus menghulurkan kerjasama sejak awal lagi. Antara yang sudi menaja Teluk Batik Bike Mix 2024 ini ialah; Sin Lean Huat Trading, Virgo Hotel, FKR, TKC Manjung, Koyoko dan Jempul (Buat Raso-raso) Daging Salai (Negeri Sembilan).

Ucapan terima kasih dan tahniah kepada kelab-kelab motosikal yang sudi meluangkan masa dan memberi sokongan terhadap penganjuran Teluk Batik Bike Mix 2024 ini. Antaranya MT 15 Kedah, Manjung Bikers Club, Lekir Touring Group, Family Modenas Jaguh (FMJ), Persatuan Bermotosikal Negeri Johor, Ladies Ride Manjung, Terjah Bikers Group, Kampar Bikers Club, RS Silverian dan Kelab Bersatu Jalinan Malaysia (KBJM).

Tidak ketinggalan, Ady Flat Garage, MT 15 Gaurus, Himpunan Riders Smart Kedah Crew, Rider Galak Tua, Sempoi Rider, Gabungan Riders Bersatu (STR), Bagan Bikers, TDA Scooter Kerian, Juru Bikers, ROSE Riders dan banyak lagi. Semoga dapat berjumpa lagi pada penganjuran yang akan datang!

Previous Post

Harga sekitar RM70k Dengan Satu Pilihan Warna, Icon Blue!

Next Post

Dua Hari Penuh Meriah, Honda Restorasi Penuh Jadi Taruhan!

Next Post

Dua Hari Penuh Meriah, Honda Restorasi Penuh Jadi Taruhan!

CAPAIAN

  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved