Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Harga sekitar RM70k Dengan Satu Pilihan Warna, Icon Blue!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-02-07
in BULETIN, UTAMA
0

Mengikut sejarah awal kelahiran jentera ini, model Yamaha Tenere 700 merupakan motosikal pengembaraan/dwi-sukan bersaiz sederhana yang dikeluarkan oleh Yamaha sejak 2019. Sejak itu, jentera terbabit terus mendapat sambutan di seluruh dunia termasuk peminat di tanah air. Ada beberapa faktor yang mendorong ramai peminat beralih ke ‘genre’ motosikal sedemikian.

Faktor-faktor seperti jentera dengan kuasa yang sederhana, dwi-kegunaan (on dan off-road), jenama itu sendiri dan ciri-ciri moden pada jentera terbabit termasuk harga yang agak munasabah, mungkin mendorong ramai peminat motosikal beralih ke segmen ini. Yamaha Tenere 700 sebenarnya sudah pun dipertontonkan pada karnival Yamaha GenBlu, September tahun lepas yang ketika itu acara dwi tahunan terbabit telah berlangsung di Kepulauan Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

Penampilan Yamaha Tenere 700 cukup mengkagumkan peminat dengan jentera berkonsepkan on dan off road ini tampil penuh bergaya. Bukan sahaja peminat motosikal berkonsep adventure sahaja terpegun malah ia turut dirasakan lapisan peminat motosikal di sana. Kini tampil lebih ekonomi apabila jentera ini mula dipasang oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) di kilang mereka di Sungai Buloh sekali gus menjadikan Yamaha Tenere 700 jentera pengembaraan on-and-off pertama bagi model pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia.

Salah satu ciri menarik Tenere 700 adalah paparan meter TFT 5 inci dwi-tema yang baharu. Penunggang boleh memilih antara mod jelajah hingga mod jalanan dengan mudah melalui sentuhan di skrin terbabit. Selain itu, keupayaan untuk memanfaatkan ciri-ciri jentera ini boleh diakses ketika menggunakan telefon pintar pemilik dengan ketersambungan Y-Connect yang mampu memberikan sentuhan moden sepanjang beraksi di atas jentera ini.

Sistem ABS juga turut dinaik taraf menerusi tiga tetapan baharu dan ada tambahan menarik mengenai jentera ini iaitu kegunaan quickshifter yang dibina secara terus yang memberikan kemudahan tambahan kepada si penunggang. Tuil brek hadapan juga turut direka semula bagi menambah keteguhan terhadap motosikal ini, sementara soket USB baru menggantikan soket 12V yang lama memberikan kemudahan tambahan bagi mereka yang melakukan perjalanan pada jarak jauh.

Dari segi kuasa, Yamaha Tenere 700 dijana enjin nadi dua silinder sebaris 270° bersesaran 689 cc yang mampu menghasilkan 72.4 HP pada 9,000 rpm dan tork sebanyak 68 Nm pada 6,500 rpm. Bertepatan dengan konsep motosikal untuk lebih ‘mesra’ tatkala beraksi di medan off-road, Yamaha Tenere 700 dilengkapi dengan fork jenis USD 43 mm boleh laras di bahagian depan, monoshock belakang boleh laras, tangki minyak pada isipadu 16 liter dan rim berukuran besar, iaitu 21 inci di bahagian depan dan 18 inci di bahagian belakang.

Satu perkara yang menarik perhatian peminat motosikal terhadap jentera ini adalah pada harganya. Yamaha Tenere 700 versi tempatan atau lebih terperinci ia adalah model pemasangan tempatan (CKD), menjadikan ia lebih berpatutan pada tag harga kerana model ini pada asasnya cukup berpatutan iaitu sekitar RM69,988 (harga asas) dengan satu pilihan warna iaitu Icon Blue sahaja.

Previous Post

Penampilan Sporty, Apa Lagi Yang Baharu?

Next Post

Ukhuwah Melangkaui Sempadan

Next Post

Ukhuwah Melangkaui Sempadan

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved