Hujung minggu yang penuh meriah dengan kebanjiran para pengunjung yang mengunjungi Lotus Sungai Petani Selatan (Bakar Arang) sempena penganjuran Darulaman Retro(Dare). Diadakan pada 27 dan 28 Januari lalu, ia merupakan penganjuran kali ke-6 dan menyaksikan sambutan yang cukup luar biasa.
Dianjurkan oleh 08000 Resources dan GKKNK & RARETRO, penganjuran kali keenam ini telah menerima sokongan dan tajaan barisan penaja yang terdiri daripada Intra Internasional Trader dan Kedai Emas Affandi. Bertemakan “Kembali Nostalgi” sebanyak lebih aktiviti Retro telah dijalankan secara serentak di depan mata!
Antara aktiviti menarik yang mendapat sambutan para pengunjung ialah Autoshow Kereta Oldskool, Saga Retro Gathering, Retro Motorshow, Festival Bundle, Pasar Karat, Pasara Spare Part, Oldskool BMX, permainan dulu-dulu, pameran kereta lumba, persembahan muzik rock tahun 90an, kehadiran DJ Selekta dan gerai-gerai jualan.
Tidak ketinggalan, aktiviti-aktiviti yang dinanti-nantikan untuk golongan kanak-kanak iaitu pertandingan mewarna, diikuti acara fesyen yang menceriakan lagi tapak acara iaitu Pakaian Retro. Tidak lengkap acara hebat seperti ini tanpa segmen Cabutan Bertuah yang menjadi aktiviti yang paling ditunggu-tunggu.
Pada hari pertama, aktiviti dikhaskan untuk kereta-kereta oldskool dan juga motosikal retro 4 stroke yang dikendalikan oleh Alib dari RH Retro dan juga GKKNK. Kehadiran para peserta sangat menggalakkan dan sedikit sebanyak membakar semangat para peminat kereta oldskool dan juga motor retro.
Bagi makluman, sebanyak dua buah motosikal Honda telah direstori sepenuhnya oleh Jan Pomen dari Banana Garage dari Sungai Petani. Sebuah motosikal untuk Cabutan Bertuah hari pertama dan sebuah lagi untuk Cabutan Bertuah pada hari kedua sebagai hadiah utama. Pada hari pertama, aktiviti berakhir sekitar pukul 6.00 petang untuk segmen kereta oldskool dan juga motosikal retro 4 stroke.
Penganjuran kali ini bertambah meriah dengan segmen baru yang diperkenalkan iaitu JDM Night Shift yang menghimpunkan kereta-kereta dengan jiwa ketimuran Jepun untuk slot sebelah malamnya. Bermula dari pukul 8.00 malam dan berakhir sekitar 10.30 malam.
Kemeriahan Darul Aman Rare’Tro Ke-6 ini diteruskan pada hari kedua yang melibatkan segmen yang tidak kurang hebatnya seperti Saga Retro Gathering dan motosikal retro 2 stroke. Segmen kali ini dikendalikan pula oleh Ahmad Zuhaili dari Legasi Saga Fiore Kedah dan GKKNK.
Sekali lagi sambutan dari para pengunjung sangat menggalakkan sehingga memenuhi ruang parking di pasara Lotus ini. Pada hari kedua ini, acara melabuhkan tirainya sekitar pukul 6.30 petang dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang Autoshow Kereta dan Motosikal. Diikuti segmen Cabutan Bertuah yang menawarkan hadiah utama, sebuah motosikal Honda restorasi penuh.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan jutaan terima kasih kepada pihak penaja yang sudi menaja penganjuran Darul Aman Rare’Tro Ke-6 iaitu RH Retro Part, LSF (LEGASI SAGA FIORE), AAS Servis, Kikie Lala Motorsports, Koyoko, Mirul Auto, Reza Autopart, LSG Garage, Banana Garage SP Jaya Auto. Terima kasih juga kepada pihak media yang turun membuat liputan seperti Morotoqar, Mekanika, Engear, OMG Galeri, Roadstar, Kakikereta, Karhifi dan Galeri Kereta!