Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Uji Kekuatan Mental & Fizikal, Nikmati Keindahan Mendamaikan Minda & Akal

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-05-05
in BULETIN, UTAMA
0

Setiap seorang di antara kita berhak meluangkan masa untuk diri sendiri, jauh dari segala kekusutan kehidupan seharian. Dalam bahasa warga maya (netizen) yang lebih sinonim dengan perkataan ‘healing’ (penyembuhan). Ada bermacam-macam pilihan dan cara, terserah kepada pilihan masing-masing.

Bagi tiga jejaka dari Kelantan, seperti kebanyakan penunggang motosikal yang lainnya telah memilih untuk menunggang motosikal mereka mengelilingi semenanjung Malaysia. Kapcai C70 bermata bulat, menjadi jentera pilihan mereka. Selain menguji kekuatan mental dan fizikal, penjelajahan ini juga pastinya menjadi medan untuk menguji ketahanan serta kekuatan kapcai ini tetapi apa yang lebih penting, “enjoy and feel the ride” bak kata orang putih!

Sebelum perjalanan dimulakan, pelbagai persediaan dan tentatif telah disediakan tetapi ia sekadar panduan juga ramalan sahaja kerana ia boleh diubah mengikut keperluan khususnya cuaca serta perkara-perkara lain yang di luar jangkaan. Rancang sebaik mungkin terutamanya bajet, destinasi yang ingin dituju dan tempat penginapan. Sekiranya ingin berkhemah seperti ketiga-tiga rakan ini, sediakan peralatan yang diperlukan terlebih dahulu.

Selain itu, motosikal wajib diservis. Periksa keadaan motosikal dan tukar apa yang patut. Silinder, tayar baru, spoket dan rantai untuk perjalanan yang lebih yakin dan juga selamat. Bawa juga alat-alat ganti untuk kegunaan kecemasan dan kalau boleh, pastikan ada pengetahuan asas penyelenggaraan motosikal; tukar barang api motor, tukar tayar dan sebagainya. Jangan lupa pastikan lampu motosikal berfungsi dengan baik untuk keselamatan di waktu malam!

Ketiga-tiga rakan baik ini memulakan perjalanan dari Pasir Mas sekitar pukul 7.00 pagi menuju ke Banjaran Titiwangsa. Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, mereka memilih untuk menunggang di waktu pagi dan siang hari. Memandangkan motosikal bersaiz kecil dan sukar dilihat pemandu lori dan kenderaan besar lain, ia satu pilihan yang baik. Tambahan pula, mereka ingin bersantai dan menikmati pemandangan tanpa perlu bersaing dengan kenderaan lain.

Mereka berhenti di Restoran Salim yang terletak di Gerik untuk berhenti rehat dan mengisi perut sebelum menyambung semula perjalanan menuju ke Gurun. Lebih kurang pukul 7.00 malam, mereka tiba di Alor Setar dan mengambil keputusan untuk bermalam di sini mengikut perancangan yang disediakan terlebih awal. Bagi memastikan perjalanan keesokan harinya berjalan lancar, mereka mendapatkan rehat serta tidur yang cukup.

Pada hari kedua iaitu lebih kurang pada waktu yang sama iaitu pukul 7.00 pagi, ketiga-tiga rakan permotoran dua roda ini memulakan perjalanan menuju ke Pulau Pinang. Kemudian, mereka bergerak pula menuju ke Ipoh di negeri Perak sebelum berhenti di Teluk Intan yang terkenal dengan Menara Condong. Selepas berehat sebentar dan merakam gambar kenangan, mereka bergerak ke Selangor dan tiba ke Kuala Lumpur lebih kurang pukul 7.00 malam dan bermalam di sini.

Selepas puas berehat dan memeriksa keadaan motosikal, perjalanan kembali diteruskan dan kali ini menuju ke Negeri Sembilan dan Bandar Hilir, Melaka. Peluang ini tidak dilepaskan mereka untuk melawat sekitar kota tinggalan sejarah yang paling masyhur sesuai dengan namanya, A Famosa. Antara lokasi wajib para pelancong datang melawat sama ada luar mahupun dalam negara bagi merakam kenangan. Mereka bermalam di Melaka sebelum menyambung semula penjelajahan.

Pada hari keempat, perjalanan diteruskan menuju ke negeri Johor dan berpeluang melawat Gunung Ledang, salah satu kawasan paling dikenali di Malaysia. Sesuai dengan tujuan asal, mereka mengekalkan kelajuan pada kadar pertengahan. Tidak terlalu perlahan dan tidak juga terlalu laju. Sekiranya keadaan memerlukan mereka akan memecut (full throttle) dan itu pun bukan dalam masa yang lama. Dari Johor, mereka tiba dan bermalam di Kuantan.

Keesokan harinya iaitu pada hari terakhir, ketiga-tiga mereka memulakan perjalanan seawal pukul 7.00 pagi dan bergerak menuju ke Jambatan Angkat di Kuala Terengganu yang menjadi tumpuan ramai terutamanya para penunggang motosikal. Sekitar pukul 7.00 malam, ketiga-tiga mereka selamat tiba ke rumah masing-masing.

Dalam perjalanan, tentu ada perkara membuatkan anda rasa tertekan. Tambahan pula, perjalanan yang jauh seperti ini yang memerlukan anda peka sepanjang masa. Kalau letih, berehat sebentar agar dapat menyambung semula perjalanan dalam keadaan yang segar. Pantau keadaan motosikal, tukar atau tambah sekiranya perlu. Apa yang penting, sentiasa berjaga-jaga di atas jalan raya. Menunggang dengan cermat, jiwa selamat.

Previous Post

Terbahagi Kepada Tiga Model; Flagship, High Premium dan Premium

Next Post

Jentera Pengembaraan Terbaharu Dari Suzuki

Next Post

Jentera Pengembaraan Terbaharu Dari Suzuki

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved