Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Jentera Pengembaraan Terbaharu Dari Suzuki

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-05-09
in BULETIN, UTAMA
0

Seperti mana ulasan yang diberikan, “Alami keseronokan pengembaraan dan terokailah dengan penuh keriangan. Tidak kira di mana destinasi pilihan atau sejauh mana perjalanan itu membawa anda. Kebebasan sepenuhnya adalah milik anda dengan V-Strom 1050DE baharu”.

Terdapat banyak perkara yang menarik perhatian golongan media dan pencinta motosikal jenis adventure Suzuki V-Strom 1050 DE baharu. Hampir sukar untuk dipercayai bahawa model yang dilancarkan lebih 20 tahun yang lalu pada tahun 2002 telah mengalami ‘revolusi’ terhadap jentera ini yang kali terakhir dilihat melakukan peningkatan pada tiga tahun lalu.

Minggu lepas, bersempena Malaysia Autoshow 2023 di , Suzuki Malaysia melancarkan penawaran terbaharunya ke pasaran tempatan iaitu sebuah model ‘Adventure’ touring aras tingginya Suzuki V-Strom 1050 DE. Model Suzuki V-Strom 1050 DE sebelum ini telah membuat penampilan secara global pada tahun lalu dan ia adalah model naik taraf kepada Suzuki V-Strom 1050XT yang turut dijual di pasaran Malaysia.

Hadir sebagai model yang dinaik taraf, sebagai permulaan ‘Dual Explorer (DE) yang bermaksud kemampuan lasak serta teknologi Suzuki V-Strom 1050 DE yang telah dipertingkatkan. Antara naik taraf yang dilakukan termasuklah di bahagian suspensi dengan Suzuki meningkatkan jarak travel fork Suzuki V-Strom 1050 DE (2023) kepada 170 mm (160 mm versi XT) manakala suspensi belakang kini menawarkan jarak gerak 169 mm berbanding 160 mm.

Suzuki V-Strom 1050 DE dipadankan dengan rim bersaiz 21 inci dan menawarkan jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi iaitu 190 mm berbanding 165 mm yang ditawarkan V-Strom 1050 XT. Turut menarik peminat ketika di majlis pelancaran motosikal itu adalah bahagian panel meter di mana model terbaharu Suzuki V-Strom 1050 DE kini menggunakan skrin TFT 5 inci berwarna lengkap dengan ciri sambungan ke telefon bimbit.

Di bahagian elektronik, Suzuki V-Strom 1050 DE (2023) kekal lengkap dengan teknologi canggih unit unjuran inersia (IMU) 6-paksi yang mengawal Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) selekoh, kawalan pegun bukit (HHC) dan kawalan jelajah dan kawalan traksi (TC).

Pemilih Mod Pemacu Suzuki (SDMS) memberi anda pilihan tiga mod keluaran kuasa enjin yang berbeza untuk dipadankan dengan keadaan tunggangan dan gaya pilihan anda. Bekerja bersama Sistem Kawalan Traksi Suzuki, SDMS membenarkan kuasa puncak dalam setiap mod sambil mengubah sifat penghantaran kuasa.
• Mod A – memberikan tindak balas pendikit yang paling sempurna.

• Mod B – memberikan tindak balas pendikit yang lebih sederhana.

• Mod C – memberikan tindak balas pendikit yang paling lembut daripada tiga mod.

Suzuki Traction Control System (STCS) pula sentiasa memantau kelajuan roda hadapan dan belakang, bukaan pendikit, kelajuan enjin dan kedudukan gear. Ia dengan cepat mengurangkan output enjin apabila ia mengesan putaran roda dengan melaraskan pemasaan pencucuhan dan penghantaran udara.

STCS menawarkan 4 tetapan mod (ditambah tetapan OFF) untuk membolehkan anda mengawal pendikit dengan lebih yakin dengan mengehadkan putaran roda belakang dalam pelbagai keadaan tunggangan.

Berbeza dengan versi jenis XT, V-Strom 1050 DE versi 2023 mempunyai 4 mod tunggang berbanding 3 bagi versi XT sebelum ini. Mod 1 – Sukan (Sport) Menunggang dengan gerakan penunggang yang minimum. Mod 2 – Menunggang di jalan bandar dan keadaan jalan biasa dengan keseimbangan yang sesuai. Mod 3 – Menunggang dalam keadaan jalan yang basah atau licin.

Manakala bagi tetapan Mod 4 G atau Gravel, ia membantu penunggang beraksi di permukaan batu kerikil dan membenarkan jumlah gelinciran dioptimumkan apabila menunggang pada permukaan tidak berturap sekali gus membantu penunggang beraksi dengan baik pada permukaan jalan tersebut.

Dan untuk meningkatkan kemampuan lasaknya, ABS pada roda belakang dan Kawalan Traksi kini boleh dinyahaktif sepenuhnya.

Sebagai tambahan, kepada peningkatan yang terdapat pada Suzuki V-Strom 1050 DE ini, ia juga menggunakan ‘Swingarm’ yang lebih panjang, sump guard aluminium, bar enjin dan bar pemegang lebih lebar. Di bahagian kerangka, pelana DE tidak lagi boleh lagi boleh laras dan turut dilengkapi dengan fungsi ‘quickshifter’ secara standard.

Tiada perubahan di bahagian trenkuasa dengan V-Strom 1050 DE kekal dengan enjin 1,037 cc V-Twin yang menghasilkan kuasa setinggi 107 Hp dan tork 100 Nm pada 6,000 rpm. Tetapi di bahagian transmisi, Suzuki ada melakukan talaan di mana nisbah gear kini lebih rapat. Informasi lain adalah seperti berat 252 kg dan ketinggian pelana turut direndahkan kepada 850 mm.

Bagi mereka yang berminat dengan model Suzuki V-Strom 1050 DE versi 2023, ia akan mula berada di cawangan pengedar sah Suzuki Malaysia bermula bulan depan.

Harga yang ditawarkan oleh Suzuki Malaysia untuk Suzuki V-Strom 1050 DE adalah RM88,800 (harga asas) sementara pilihan warna yang ditawarkan adalah Champion Yellow No.2/Metallic Mat Sword Silver dan Glas Sparkle Black/Metallic Mat Black No.2

Previous Post

Uji Kekuatan Mental & Fizikal, Nikmati Keindahan Mendamaikan Minda & Akal

Next Post

Dihadiri Lebih 10,000 Peminat Motosikal, Dimeriahkan Pelbagai Ragam & Pelbagai Gaya!

Next Post

Dihadiri Lebih 10,000 Peminat Motosikal, Dimeriahkan Pelbagai Ragam & Pelbagai Gaya!

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved