IDEMITSU Lube (Malaysia) Sdn Bhd menampilkan barisan minyak pelincir motosikal baharu dengan penggunaan formulasi unik yang direka khas untuk memberikan perlindungan enjin yang terbaik di pasaran. Minyak IDEMITSU Rider Gasoline (IRG) baharu untuk motosikal disempurnakan dengan memanfaatkan sepenuhnya teknologi terkini dan kepakaran kejuruteraan minyak mereka selama lebih dari 100 tahun.
Sebagai pakar minyak pelincir ternama dunia, Idemitsu memperkenalkan minyak enjin motosikal terbaharu yang diformulasi dengan teknologi yang sangat terperinci dan lebih teliti untuk mendapatkan hasil yang tepat. Bersesuaian dengan tugasannya melincirkan bahagian logam yang bergerak seperti pergerakan dalam enjin.
Enam model minyak enjin motosikal terbaharu yang diperkenalkan oleh Idemitsu terbahagi kepada 3 model berasingan iaitu IRG 7 sebagai Flagship, IRG 5 sebagai High Premium dan IRG 3 sebagai Premium. Bagi makluman, IRG 7 merupakan produk terbaik dari Idemitsu yang diformulasikan melalui teknologi Septet Guard yang memberikan tujuh kelebihan perlindungan ultra.
Manakala IRG5 pula melengkapi keperluan enjin secara optima dengan menunjukkan prestasi mengagumkan walaupun digunakan dalam superbike. Dirumus dengan perlindungan ultra teknologi Quintet Guard yang memberikan lima kelebihan perlindungan ultra.
Bermula dengan Idemitsu IRG 7 Series 10W-40 MA2 (sintetik sepenuhnya), Idemitsu IRG 5 Series 15W-50 MA2 (separuh sintetik) dan 4 model dari IRG 3 Series iaitu Idemitsu IRG 3 10W-30 MA2, Idemitsu IRG 3 10-30 MB, Idemitsu IRG 3 10W-40 MA2 (kesemua model separuh sintetik) dan Idemitsu IRG 3 20W-50 MA (gred biasa).
Keenam-enam model minyak enjin Idemitsu Series IRG yang dibekalkan pada pek 1liter turut mendapat pengiktirafan dari JASO. Jaso atau Japanese Automotive Organization merupakan organisasi yang mengeluarkan tahap piawaian bagi kenderaan keluaran negara tersebut.
Minyak enjin terbaharu bagi siri Idemitsu IRG juga dicipta menggabungkan pengetahuan dan kepakaran jurutera Idemitsu dalam perlumbaan superbike dan saingan Kejuaraan Motosikal Dunia MotoGP – perlumbaan terulung bagi segmen motosikal yang membabitkan penglibatan Idemitsu dalam pentas tersebut.
Formulasi terkini Idemitsu ini membolehkan jentera dua roda milik anda memecut dan kuasa rumah pada tahap perlumbaan superbike, serta peralihan bebas tekanan yang membolehkan anda menumpukan perhatian pada menunggang.
Idemitsu IRG Series bermula dari Series 7, 5 dan 3 akan beransur-ansur memasuki pasaran Malaysia dan para pengguna yang berminat boleh mendapatkannya dalam jangka waktu terdekat.