Dianggotai oleh para pemilik kepada motor berkuasa besar TZM, kelab ini ditubuhkan pada 1 Januari, 2012 dengan keahlian yang dicatatkan seramai 15 orang. “TZM Makin Di Depan” adalah moto yang dipegang oleh sebuah lagi kelab motor yang aktif di Port Dickson, Negeri Sembilan. Selain menghimpunkan para pemilik motor TZM, kelab ini juga bertujan untuk menyokong setiap acara dan aktiviti yang melibatkan dunia permotoran.


Bagi menghidupkan lagi TZM PD Club, pelbagai aktiviti diadakan dalam usaha menyemarakan lagi perhubungan sesama ahli, antaranya termasuklah konvoi ke mana-mana acara, memenuhi jemputan, melakukan kerja amal, pengiring marshall dan lain-lain lagi.
* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 8











