Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Sarat Dengan Pelbagai Ciri Berteknologi Tinggi, Bantu Memperolehi Pecutan Yang Sempurna

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-12-04
in BULETIN, UTAMA
0

Dalam barisan motosikal keluaran BMW Motorrad, model yang paling menyerlah sudah tentulah model enduronya iaitu GS dan diikuti model berprestasi tinggi HP4. Harus tahu bahawa jentera berprestasi tinggi ini menampilkan enjin empat silinder. Meskipun menggunakan enjin sama seperti model S1000RR bersesaran 999cc, HP4 nyata memiliki kelebihan tersendiri.

Ini kerana enjin tersebut berupaya menghasilkan kuasa sehingga 193hp dan tork puncak 112Nm. Malah, output kuasanya juga boleh dilaras supaya setiap mod yang ada iaitu rain, sport, race dan slick mampu menawarkan kuasa yang sewajarnya. Malah, penyampaian kuasa tork dapat dipertingkatkan pada kelajuan sederhana.

Mod Rain boleh digunakan untuk permukaan basah, manakala tetapan Sport sesuai diaplikasikan sewaktu menunggang di atas jalan raya biasa. Sama seperti namanya, mod Race disediakan khas untuk anda jika ingin beraksi di litar lumba. Bukan itu sahaja, mod Slick juga boleh anda gunakan di litar sekiranya jentera dipasang dengan tayar jenis licin. Lebih menarik lagi, penukaran mod tunggangan tersebut dapat dilakukan dengan mudah menerusi butang yang diletakkan pada bahagian hendal.

HP4 sarat dengan pelbagai ciri berteknologi tinggi. Antara ciri yang menjadi perhatian utama pastinya Dynamic Damping Control (DDC), Dynamic Traction Control (DTC) dan Launch Control Activation. Launch Control Activation turut dibantu oleh shift controller bagi memastikan gear boleh dimasukkan dengan lancar. Justeru, penunggang mampu memperoleh permulaan pecutan yang sempurna.

Menyentuh tentang teknologi suspensi pula, HP4 boleh dianggap sebagai peneraju apabila menjadi motosikal pertama menggunakan sistem Dynamic Damping Control. Sistem tersebut bertanggungjawab mengawal tahap mampatan dan redaman secara automatic pada setiap 10 milisaat sewaktu tunggangan. Pelarasan sistem suspensi dibuat berdasarkan kepada keadaan jalan dan situasi yang dilalui oleh penunggang. Namun harus diingat bahawa Dynamic Damping Control juga bergantung kepada pilihan mod tunggangan.

Sebagai contoh, jika anda memilih mode Rain dan Sport, sistem Dynamic Damping Control akan mengubah tetapan redaman suspensi ke peringkat maksimum bagi menawarkan keselesaan apabila menyusuri laluan luar bandar. Tahap lantunan redaman suspensi akan bertukar keras gaya tunggangan sport jika memilih mode Race dan Slick. Sudah pasti, ia lebih sesuai digunakan jika berada di atas litar lumba.

* Artikel ini pernah disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 9

SONY DSC
Previous Post

Vespa GTS 300 HPE Super Tech Tampil Dengan Rekaan Baharu Yang Lebih Menarik

Next Post

TZM Makin Di Depan

Next Post

TZM Makin Di Depan

CAPAIAN

  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved