Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Sesuai Sebagai Permulaan Big Bike Fasa Pertengahan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-12-04
in BULETIN, UTAMA
0

Tiada perbezaan ketara yang boleh diperkatakan setelah penulis melihat sendiri antara dua model ini – CB650F mahupun CBR650F. Ia sekadar kepada minat dan pilihan peribadi seseorang. Kedua-dua masih menggunakan enjin yang sama dengan jentera 650F ini menawarkan spesifikasi empat silinder dan dalam bentuk saiz middleweight sporty.

Model ini disimpulkan sebagai jentera yang bernilai dengan wang anda dan pilihan yang terbaik bagi motosikal dalam segmen pertengahan. 650F merupakan sebuah jentera baharu yang direkacipta oleh sebuah pasukan jurutera muda Honda sebagai model pilihan pelbagai orientasi.

Ia bukan sahaja dibina atas kapasiti sebagai jentera ‘superbike’ oleh jurutera Honda dengan kesemua persamaan datang dari elemen sport malah turut berkongsi elemen lain. Dengan pusat graviti yang rendah, bar hendal yang tinggi, reka bentuk langsing, model ini dianggap sebuah jentera yang cukup versatile.

Kawalan yang menyakinkan, keselesaan ketika menunggang di atas jalan raya meletakkan dua model 650F ini sesuatu yang berbeza namun masih memiliki kreteria apabila diletakkan dalam platform yang sama. Kedua-dua model 650F ini, dijanakan dengan enjin DOHC bersesaran 649cc, empat silinder serba baharu dan dijurutera untuk menyampaikan tork yang tinggi dari rpm yang rendah hingga sederhana, terutama di bawah 4,000rpm. Kuasa puncak 64kW tiba pada 11,000rpm dengan tork.

Untuk kuasa pemberhentian, 650F dibekalkan dengan brek jenis dua kaliper dengan dua omboh di depan dan manakala omboh tunggal di bahagian belakang. Konsep reka bentuk ‘Masa Hadapan’ memberikan 650F satu penampilan yang anggun dan agresif. Kedua-dua lampu belakang dan lampu isyarat hadapan adalah dari jenis LED.

Posisi penunggang cukup selesa. Andai membawa teman, pelana tempat duduk pembonceng juga dalam keadaan saiz yang memuaskan. Untuk rekod, ketinggian tempat duduk adalah setinggi 810mm dan kedudukan ini membantu si penunggang mencapai kelegaan tanah tanpa sebarang masalah.

Panel meter terdiri daripada skrin digital berkembar yang unik dari motosikal berkuasa besar lain. Di sebelah kirinya terletak meter putaran dan meter kelajuan sementara di sebelah kanan tertera jarum tolok bahan api, jam digital, odometer dan lampu amaran.

Kunci ignition berkonsep gelombang menawarkan tahap keselamatan diakui dan tahan lasak. Bagi mereka yang bercita-cita untuk menukar selera ke jentera mid-range, penulis beranggapan 650F adalah model yang cukup sesuai. Dari segi prestasi enjin, ia tidak banyak berbeza dengan jentera besar lain. Dan ramai berpendapat, jentera Honda ini amat sesuai buat permulaan dalam fasa big bike fasa pertengahan.

Untuk model CBR650F, pilihan warna menarik seperti Pearl Metalloid Putih, Sword Silver Metallic dan Millennium Red menjadi variasi untuk pelanggan manakala bagi versi CB650F tersedia warna seperti Pearl Metalloid Putih, Sword Silver Metalic dan Pearl Himalaya White.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 10

Previous Post

TZM Makin Di Depan

Next Post

Satu Hati, Satu Jiwa, Satu Perjuangan

Next Post

Satu Hati, Satu Jiwa, Satu Perjuangan

CAPAIAN

  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved