Sudah menjadi lumrah dan kelaziman, para penunggang motosikal mendambakan kelajuan yang boleh memecah kuasa pecutan. Bukan sahaja penunggang motosikal zaman sekarang, ia bermula sejak manusia menemui motosikal itu sendiri. Jadi, tidak hairanlah bila ada penunggang motosikal gemar memodifikasikan motosikal masing-masing dari segi prestasi dan pecutan. Lebih besar motor, lebih lagi kuasa pecutan yang didambakan penunggangnya.
Salah satu pembina motosikal yang boleh dikatakan terkenal juga, mampu mengekalkan keadaan motosikal Ducati Monster tetapi mengubahnya lebih pantas dari Monster yang ada di luar sana. Balamutti Workshop, seorang pembina motosikal Rusia yang amat obses dengan motosikal Itali. Dari Aprilia hingga Bimota dan juga Moto Morini, Balamutti telah melakukan semuanya dan kerjanya bagus juga!
Di sebalik Ducati Monster S4R ini yang indah dengan hasil yang memukau ini, tersembunyi kerja-kerja yang cemerlang. Bagi makluman, motor ini dimuatkan dengan turbo Garret GT35. Jelas sekali 113hp ini tidak mampu memuaskan hati pemiliknya dan memilih sistem induksi yang memberikan lebih 996cc. Semuanya dilakukan demi untuk memastikan turbo ini berjalan lancar menggunakan enjin yang telah dibina dengan teliti.
Sebagai permulaan, sebuah intake manifold baru telah dibina dan juga sistem ekzos yang dibuat khusus untuk projek ini. ECU dari Magneti Marelli juga menerima pemetaan untuk memastikan prestasi yang optima. Bagi meletakkan kekuatan di atas tanah, suspensi diletak semula dengan set komponen suspensi Showa yang boleh diubahsuai sepenuhnya. Begitu juga dengan kaliper dan rotor baru, memastikan ia berhenti secepat mungkin.
Memandangkan enjin motor yang telah dikemaskini mungkin tidak dapat perhatian orang, Balamutti telah memasangkan karbon fiber agar ia kelihatan lebih agresif tetapi tetap elegan. Banyak lagi bahagian yang telah diubah semula termasuk fenders dan juga chain guard. Penutup fork yang kelihatan agak ganas juga membuatkan motor ini tampil unik. Pemakaian warna turquoise dan biru menambahkan lagi seri.
Sumber – RideApart.com