Sebanyak 70 buah motosikal Honda RS150R dari Kelab Komuniti Crew Rs150R Perak telah berkumpul di Gunung Lang Ipoh pada 11 Oktober 2020 sempena program beramah mesra dan sesi bergambar di kalangan ahli-ahli CRS. Program ini diketuai oleh saudara Zam yang turut dibantu oleh saudara Jay dan saudara Kuplai dari CRS Perak.
Bermula seawal jam 9.00 pagi, program ini turut disertai wakil dari CRS N9 yang diketuai saudara Amiey dan saudara Madi, wakil dari CRS Selangor diketuai saudara Paksu Ismail dan saudara Sham Anuar serta wakil dari CRS KL diketuai saudara Mamat Donz dan saudara Redzuan Kenzo. Program ini berjalan dengan jayanya dan sesi beramah mesra bersama ahli-ahli komuniti diteruskan dengan sesi bergambar sebagai kenangan ahli-ahli CRS.
Program yang berakhir sekitar jam 12 tengah hari ini diadakan dengan harapan untuk mengukuhkan lagi ukhwah di antara ahli-ahli dari masa ke semasa. Selaku wakil dari CRS Perak, saudara Zam ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang sudi hadir pada program kali ini. Semoga lebih banyak program seperti ini diadakan di masa akan datang. ‘