Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Titik Perubahan Besar Buat Pasukan Yamaha Dalam MotoGP

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-09-17
in BULETIN, UTAMA
0

Selepas bertahun-tahun bergelut menyaingi jentera berkonfigurasi V4 milik pasukan pesaing, Yamaha akhirnya memperkenalkan prototaip baharu Yamaha YZR-M1 V4. Ia menandakan peralihan besar daripada enjin sebaris empat silinder (inline-four) yang telah digunakan sejak era enjin empat lejang bermula pada tahun 2002. Pelancaran rasmi dilakukan di Misano World Circuit Marco Simoncelli semasa pusingan San Marino GP, sekali gus menarik perhatian peminat dan pemerhati perlumbaan dari seluruh dunia.

Langkah berani Yamaha ini diambil selepas beberapa musim yang suram, termasuk ketiadaan kemenangan sejak tahun 2022 serta kesukaran menyaingi jentera berkonfigurasi V4 daripada pasukan pesaing seperti Ducati, KTM, Aprilia dan Honda. Di bawah peraturan semasa MotoGP, enjin sebaris empat silinder yang menjadi teras kepada Yamaha YZR-M1 didapati semakin sukar untuk bersaing dari segi kelajuan maksimum, pecutan keluar selekoh dan kestabilan membrek. Justeru, pembangunan platform baharu berasaskan enjin V4 dilihat sebagai satu keperluan mendesak untuk mengembalikan daya saing Yamaha di barisan hadapan.

Prototaip Yamaha YZR-M1 V4 ini dijadualkan membuat penampilan sulung di Misano World Circuit Marco Simoncelli semasa pusingan San Marino GP, dikendalikan oleh pelumba ujian Augusto Fernández sebagai peserta ‘wild card’. Ujian ini bertujuan mengumpul data dalam keadaan perlumbaan sebenar, bagi menilai prestasi awal jentera tersebut. Sebelum ini, pelumba tetap Fabio Quartararo dan Álex Rins serta pelumba Jack Miller telah menjalani sesi ujian tertutup di Barcelona. Mereka dijangka memberikan maklum balas lanjut dalam ujian rasmi pasca perlumbaan yang akan dijalankan selepas GP Misano.

Menurut Pengarah Urusan Yamaha Factory Racing, Paolo Pavesio, pengenalan prototaip Yamaha YZR-M1 V4 ini merupakan bukti komitmen jangka panjang Yamaha untuk kembali bersaing di barisan hadapan. Beliau menegaskan bahawa sebarang keputusan untuk menggunakan jentera V4 secara penuh hanya akan dibuat selepas ia membuktikan daya saingnya dalam perlumbaan sebenar. Sementara itu, Pengarah Teknikal Massimo Bartolini menjelaskan bahawa pembangunan dilakukan secara berperingkat bermula dengan ujian di atas mesin dyno, kemudian beralih kepada sesi perlumbaan sebenar untuk mengesahkan prestasi dan kebolehpercayaannya.

Yamaha turut memanfaatkan kelebihan status Concession Rank D dalam saingan MotoGP, yang membolehkan mereka melakukan pengubahsuaian enjin sepanjang musim. Satu kelebihan yang tidak dinikmati pasukan lain. Strategi ini membolehkan proses pembangunan Yamaha YZR-M1 V4 dipercepatkan sebelum musim 2026 bermula, selain memberi ruang kepada jurutera untuk menilai kekuatan dan kelemahan jentera ini secara menyeluruh. Beberapa sesi ujian tambahan turut dirancang di Sepang dan Valencia sebelum keputusan muktamad dibuat sama ada jentera V4 ini akan menggantikan sepenuhnya model sebaris empat silinder yang digunakan ketika ini.

Kemunculan prototaip Yamaha YZR-M1 V4 ini menandakan permulaan era baharu buat Yamaha, yang bertekad untuk kembali merebut kejuaraan dunia selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 2021 bersama Fabio Quartararo. Persaingan sengit menanti mereka, khususnya menentang jentera berpengalaman seperti Ducati Desmosedici, KTM RC16 dan Aprilia RS-GP. Namun, jika segala potensi yang ditunjukkan setakat ini dapat diterjemahkan di litar, usaha gigih Yamaha ini berupaya menjadi titik kebangkitan semula mereka di pentas MotoGP.

Sumber rujukan : AutoX.com, Motopinas.com, Paul Tan

Previous Post

Kempen Cabutan Bertuah KYB-UMW Malaysia, Raih Tumpuan di TikTok LIVE!

Next Post

Kelajuan, Teknologi Dan Kemewahan; Diavel V4 RS Lebih Daripada Sekadar Kuasa

Next Post

Kelajuan, Teknologi Dan Kemewahan; Diavel V4 RS Lebih Daripada Sekadar Kuasa

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved