KYB-UMW (Malaysia) Sdn. Bhd. baru-baru ini telah mengumumkan para pemenang kempen cabutan bertuah menerusi siaran langsung di TikTok. Lebih 250 hadiah dengan nilai keseluruhan melebihi RM50,000 berjaya diagihkan kepada para peserta dari seluruh negara.
Kempen ini telah berlangsung selama enam bulan dan mencapai kemuncaknya pada 12 September lalu. Acara yang penuh meriah itu turut menyaksikan hadiah utama berupa sebuah Yamaha Y16ZR bernilai lebih RM10,000 menjadi milik Nik Muhammad Nabil dari Selangor.
Detik pengumuman tersebut mencuri tumpuan penonton siaran langsung yang turut sama berkongsi debaran dan keterujaan menyaksikan proses cabutan secara telus. Sepanjang tempoh kempen, lebih 500 penyertaan diterima, sekali gus membuktikan sokongan padu pengguna terhadap jenama tersebut.
Majlis penyampaian hadiah turut diserikan dengan kehadiran barisan pengurusan tertinggi KYB-UMW (Malaysia) Sdn. Bhd. termasuk Pengarah Urusan, Yuji Ito serta beberapa wakil daripada bahagian pengurusan, penyelidikan dan pembangunan syarikat.