Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kelajuan, Teknologi Dan Kemewahan; Diavel V4 RS Lebih Daripada Sekadar Kuasa

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-09-18
in BULETIN, UTAMA
0

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, jenama Ducati semakin mendapat tempat dalam kalangan penunggang motosikal berkuasa tinggi di Malaysia. Gabungan prestasi, teknologi dan rekaan Itali yang berkarakter menjadikannya pilihan utama bagi penunggang berpengalaman. Terbaharu, Ducati telah mendedahkan model Ducati Diavel V4 RS, sebuah jentera edisi terhad yang menggabungkan gaya sport cruiser dengan DNA perlumbaan mereka.

Diavel V4 RS dikuasakan oleh enjin Ducati Desmosedici Stradale, unit V4 90° bersesaran 1,103cc yang dibangunkan berdasarkan teknologi perlumbaan Ducati di MotoGP. Enjin ini mampu menghasilkan 182 hp pada 11,750 rpm dan 120 Nm tork pada 9,500 rpm, dengan kadar compression ratio 14.0:1 serta susunan counter-rotating crankshaft dan twin pulse firing order bagi memberikan tindak balas kuasa lebih agresif.

Kuasa ini disalurkan menerusi gearbox 6-kelajuan dengan sistem Ducati Quick Shift (DQS) up/down 2.0, membolehkan pertukaran gear pantas tanpa klac. Hasilnya, jentera ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 2.5 saat, menjadikannya antara sport cruiser terpantas dalam kelasnya.

Identiti Diavel V4 RS diserlahkan melalui rekaan luaran yang agresif dan minimalis, namun sarat dengan elemen premium. Hampir keseluruhan bahagian luarnya diperbuat daripada carbon fibre, termasuk penutup tangki, pelindung lumpur hadapan dan belakang, penutup sisi saluran udara, flyscreen, penutup klac serta bahagian ekor single-seat tailpiece.

Semua komponen ini digabungkan dengan RS livery yang direka khas untuk menonjolkan logo Ducati secara lebih dominan, sekali gus memberikan penampilan yang lebih ramping, sporty dan agresif. Sentuhan visual ini menjadikan Ducati Diavel V4 RS kelihatan seperti sebuah jentera konsep perlumbaan yang dihasilkan untuk jalan raya.

Dari sudut pengendalian, Diavel V4 RS dibina berasaskan aluminium monocoque frame yang ringan tetapi kukuh, dipadankan dengan aluminium single-sided swingarm di bahagian belakang. Ia dilengkapi Öhlins 48mm fully adjustable fork di hadapan dan Öhlins fully adjustable shock absorber di belakang, memberikan kestabilan optimum sama ada ketika memecut lurus atau melibas selekoh.

Bahagian brek turut menggunakan komponen prestasi tinggi, dengan dua cakera semi-floating 330mm dan Brembo Stylema monobloc 4-piston calipers di hadapan, serta cakera tunggal 256mm dengan Brembo 2-piston floating caliper di belakang. Sistem Bosch Cornering ABS melengkapkan keseluruhan pakej, memastikan kuasa membrek kekal stabil walaupun ketika jentera berada dalam posisi condong.

Untuk melengkapkan karekter sport cruisernya, Diavel V4 RS menggunakan forged aluminium wheels bersaiz 17 inci, 3.5 inci lebar di hadapan dan 8.0 inci lebar di belakang yang dipadankan dengan tayar Pirelli Diablo Rosso IV bersaiz 120/70 ZR17 di hadapan dan 240/45 ZR17 di belakang. Konfigurasi ini bukan sahaja memberikan cengkaman tinggi, malah menambah kestabilan ketika memecut dalam garis lurus pada kelajuan tinggi.

Dari sudut ergonomik, ketinggian tempat duduk standardnya hanya 790mm, sesuai untuk penunggang pelbagai saiz tubuh, dengan pilihan tempat duduk rendah (770mm) dan tinggi (810mm) sebagai aksesori. Dengan berat basah 220kg dan wheelbase 1,602mm, jentera ini menawarkan keseimbangan terbaik antara kelincahan ketika membelok dan kestabilan pada kelajuan tinggi.

Sebagai sebuah jentera berprestasi tinggi, Ducati Diavel V4 RS turut diperkasa dengan teknologi elektronik setaraf motosikal superbike. Antara sistem keselamatan yang disertakan ialah Riding Modes, Power Modes, Ducati Traction Control (DTC), Ducati Wheelie Control (DWC), Bosch Cornering ABS dan Ducati Brake Light (DBL). Ia juga dilengkapi Ducati Power Launch (DPL) untuk pecutan pantas, serta Ducati Quick Shift (DQS) up/down 2.0 bagi pertukaran gear yang lancar tanpa klac.

Semua fungsi ini boleh diakses menerusi TFT 5” colour display, lengkap dengan Ducati Multimedia System (DMS), cruise control, hands-free system, USB port, full LED lighting serta backlit handlebar switches yang memudahkan kawalan ketika menunggang pada waktu malam. Penggunaan lithium-ion battery dan pelbagai komponen carbon fibre turut membantu mengurangkan berat keseluruhan jentera ini.

Menurut laporan Paul Tan, Ducati Diavel V4 RS akan mula dipasarkan di Eropah pada Disember 2025, sebelum diperkenalkan ke pasaran lain seperti Amerika Syarikat bermula awal 2026. Walaupun masih belum disahkan untuk pasaran Malaysia, pelancarannya menandakan usaha berterusan Ducati untuk memperkukuh kedudukannya dalam segmen sport cruiser berprestasi tinggi di peringkat global.

Sumber : Ducati

Previous Post

Titik Perubahan Besar Buat Pasukan Yamaha Dalam MotoGP

Next Post

Ketahui dan Ambil Peduli Perbezaan Antara Kedua-duanya

Next Post

Ketahui dan Ambil Peduli Perbezaan Antara Kedua-duanya

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved