Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Tiket Murah Scooter Members 2024, Persisiran Pantai Bakal Jadi Tarikan Pengunjung

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-02-28
in BULETIN, UTAMA
0

Buat julung kalinya, lokasi penganjuran permotoran di Terengganu kini bukan sahaja terletak di sekitar ibu negeri tetapi menjalar ke beberapa daerah menarik di negeri tersebut. Bagi pemilik skuter, anda berpeluang menjelajah ke beberapa lokasi menarik sekitar bandar Kemaman apabila acara Scooter Members 2024 bakal menjadi tarikan baharu kepada peminat motosikal tanahair.

Diusahakan oleh HAYR NZ Enterprise dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan komuniti Honda Vario Owner Club Kemaman (HAVOCK), acara yang berlangsung selama 3 hari bermula dari 26 hingga 28 April depan ini turut disertai Pameran Masakan Terengganu sekali gus memberi nilai tambah kepada penganjuran tersebut.

Menurut wakil Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Mazlan Jusoh, selain dua acara hebat (permotoran dan masakan) faktor lain adalah ‘tiket murah’ bagi slot Cabutan Bertuah mungkin menjadi tarikan kepada pemilik motosikal sama ada di dalam mahupun di luar Kemaman untuk hadir ke acara ini.

“Buat masa ini, Kuala Terengganu mendahului lokasi-lokasi lain antara destinasi wajib bagi acara-acara motosikal di negeri ini. Mungkin selepas ini, Kemaman juga menjadi tarikan dengan aura yang sama.

“Namun Scooter Members 2024 akan menjadi lebih bermakna dan sudah tentu tarikan utama pemilik motosikal skuter untuk ke acara ini adalah kerana tiketnya. Dengan bayaran serendah RM5 untuk acara Cabutan Bertuah, anda berpeluang menjadi pengunjung bertuah membawa pulang skuter mewah Zontes 350,” ujar Mazlan yang mewakili bagi pihak MPK selaku agensi tempatan.

Selain motosikal Zontes 350, beberapa hadiah menarik dalam acara Cabutan Bertuah menjadi tarikan pengunjung antaranya motosikal Modenas Karisma, 10 buah topi keledar berjenama, barangan elektrik dan hadiah saguhati berupa hamper menjadi tarikan utama pengunjung di Kemaman Scooter Members 2024.

Dijangkakan seramai enam ribu pemilik dan peminat motosikal skuter akan memeriahkan acara terbabit manakala penganjuran Scooter Members 2024 dijangka bakal dihadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, selaku Ahli Parlimen Kemaman.

Muhammad Najmuddin Md Hamran dari HAYR NZ selaku penganjur acara Scooter Members 2024, berharap Kemaman menerusi acara ini bakal menjadi salah satu acara terpenting dalam kalendar pelancongan negeri di masa akan datang.

“Kami di HAYR NZ dan HVOCK (Honda Vario Owner Club Kemaman) berharap acara ini akan menjadi kalendar tahunan dalam sektor pelancongan negeri selepas ini. Bukan sekadar permotoran dan destinasi menarik malah juga masakan di daerah Terengganu juga tidak kurang hebatnya.

“Tidak sah sekiranya anda singgah di Kemaman dan tidak berjalan di sekitar kawasan Kemaman ini. Sebagai sebuah bandar yang sarat dengan pengunjung yang bercuti dan merancang menginap di sini, Kemaman tak lekang dengan tempat-tempat menarik malah tempat penginapan juga cukup ekonomi dan jauh lebih selesa di sini,” ujar Najmi pemilik HAYR NZ Enterprise.

Untuk info, antara yang boleh dilawati adalah seperti Kemaman Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman, Tasik Biru Kemaman, Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating, Pantai Teluk Kalong, Muzium Kemaman, Pasar Besar Kemaman, menyusuri Sungai Yah Yah sambil menikmati kelip-kelip, pasar Binjai, Warung Aziz Sattar, Pantai Kemasik dan banyak lagi.

Tidak lupa juga ole-ole seperti keropok lekor untuk dibawa pulang dan anda juga boleh merasai keenakan dengan menghirup kopi Hai-Peng sama ada di waktu atau petang ketika anda berada di sana.

Terkenal dengan produk tempatan seperti keropok lekor dan pelbagai kopi tempatan, Kemaman juga dilihat sebagai destinasi strategik menghubungkan peminat di Lembah Klang, warga Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan dan warga skuter dari negeri Utara Semenanjung.

Sebagai penghargaan kepada penganjuran buat julung kali di daerah itu, majalah permotoran RoadStar menjadi Majalah Rasmi bagi memberi momen terhebat dan terbaik sepanjang tiga hari acara itu berlangsung.
Bagi mereka yang mahukan maklumat lanjut mengenai acara Scooter Members 2024, anda boleh hubungi Najmi (013-3675608) dan Ikha (019-739 5787).

Previous Post

Perkongsian Kenangan Sambutan Tahun Baharu Cara ROSE Riders

Next Post

Lebih Meriah, Tarik Perhatian Peminat Skuter Dalam & Luar Malaysia

Next Post

Lebih Meriah, Tarik Perhatian Peminat Skuter Dalam & Luar Malaysia

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved