Sudah agak lewat tetapi tidak pernah ada masa penamat untuk berkongsi rakaman kenangan manis, apatah lagi yang dirakam bersama ahli-ahli kelab yang berkongsi minat sama. Baru-baru ini, Roadstar menerima perkongsian dari salah sebuah kelab motosikal yang memang aktif dengan pelbagai aktiviti.
ROSE Riders bermurah hati berkongsi program tahunan yang dianjurkan kelab mereka saban tahun sempena sambutan tahun baharu. Bagi sambutan tahun 2024 yang lalu, ROSE Riders menganjurkan program Ride Muhibah yang disertai sahabat-sahabat ROSE Riders yang berdekatan.
Diadakan di sekitar kawasan Arau dan Kangar, program ini secara tidak langsung memupuk persaudaraan serta mengukuhkan ukhuwah dunia permotoran dalam kalangan ahli-ahli baharu dan lama. Kesempatan ini juga digunakan untuk menjelajah kawasan-kawasan baru di sekitar negeri Perlis.
Sinonim dengan ukhuwah dakwah sahsiah bermaruah, ROSE Riders tetap meneruskan perjuangan untuk mencipta kenangan serta pengalaman sekali gus mengukuhkan hubungan persahabatan. Tidak hairanlah, jika kelab ini juga dikenali sebagai kelab ukhuwah yang sentiasa mewarnai dunia permotoran tempatan.
Sekiranya anda berminat untuk bersahabat secara positif dengan kelab ukhuwah ini, sila hubungi presidennya, Bro Zass di talian 017-276 2347.