Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Lebih Meriah, Tarik Perhatian Peminat Skuter Dalam & Luar Malaysia

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-02-29
in BULETIN, SHOW OFF
0

Seramai lebih 12,000 orang telah membanjiri Taman Tasik Kompleks Pentadbiran di Bandar Baru Al-Wathiqu Billah Kuala Nerus di Terengganu sempena penganjuran Scooterian Mega Gathering 2.0. Diadakan selama dua hari iaitu pada 23 dan 24 Februari lalu, ia merupakan penganjuran kali kedua selepas kejayaan penganjuran kali pertamanya pada tahun 2023.

Himpunan skuter terbesar di Pantai Timur ini merupakan anjuran Kelab Rekreasi Induk Terengganu (KRiT) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu menerusi Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu). Dimulakan seawal pukul 8.30 pagi, program ini berlangsung sehingga 11.00 malam dengan kehadiran seramai 5,000 orang peserta. Bukan sahaja dari serata Malaysia, malah menerima penyertaan dari luar negara iaitu Thailand dan Singapura.

Walaupun program dimulakan pada pukul 8.30 pagi, sebahagian besar peserta telah mengikuti program “Geng Subuh Macam Jumaat” yang bermula dari pukul 5.00 pagi di Masjid Al-Wathiqubillah. Seterusnya, para peserta bergerak pula ke tapak program untuk bersiap sedia dengan macam-macam lagi aktiviti yang disusun pihak penganjur.

Antara aktiviti yang disediakan ialah Autoshow Scooter dan juga 3 Anugerah Kelab Teramai yang menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti sebuah motosikal Yamaha NVX 155cc, dua unit motosikal Yamaha Ego Avantiz 125cc serta pakej Umrah. Selain itu, turut disediakan gerai-gerai pameran dari agensi AADK, kaunter bayaran JPJ serta majlis pertukaran plat dengan kelab-kelab skuter.

Selain kehadiran para pemilik dan peminat skuter, program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Razali bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Yang Berhormat haji Khazan bin Che Mat, Timbalan YDP Dewan Undangan Negeri Merangkap Penaung Program Scooterian Mega Gathering 2.0.

Scooterian Mega Gathering 2.0 ini juga dihadiri Yang Berusaha Encik Ahmad Azizi bin Zulkifli, Pegawai Daerah Kuala Nerus dan Yang Berusaha Encik Mohad Izzat Bukhari bin Awang, Penolong Pengarah Pembangunan Produk dan mewakili Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.

Kejayaan penganjuran kali kedua ini bukan sahaja kerana susunan aturcara yang disediakan tetapi juga penglibatan para penaja yang membuatkan program ini lebih bermakna. Antara penaja yang terlibat pada kali ini termasuk Umrah Munawar Group Sdn Bhd, IPone, Gemilang Empire, Tobaki Racing, Motorland & Co, Kopimung, Koyoko, FKR, K Production, All Bike, Singgangbudu Mr Twelve, Nasi Dagang Atas Tol, Black Gold dan Double H Hotel.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pemenang yang berjaya membawa pulang hadiah yang menjadi daya penarik untuk program kali ini. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada barisan penaja serta pihak penganjur khususnya pengarah program iaitu Mohd Anuar bin Ali dan juga pengasas SMG iaitu saudara Wan Mohd Zulhafeeza bin Wan Mohd Yusof. Sekali lagi, tahniah. Semoga berjumpa lagi dalam waktu terdekat ini.

Previous Post

Tiket Murah Scooter Members 2024, Persisiran Pantai Bakal Jadi Tarikan Pengunjung

Next Post

Kekal Dominasi CP150 Di Litar Jasin

Next Post

Kekal Dominasi CP150 Di Litar Jasin

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved