Para peminat pastinya teruja dengan kembalinya Malaysia Superbike Championship (MSBK) untuk musim 2022 yang bakal berlangsung sebanyak 3 pusingan mengikut kalendar asal. Sebagaimana biasa, MSBK akan terus diadakan secara eksklusif di Litar Antarabangsa Sepang dan dijangka akan disertai oleh nama-nama besar sukan permotoran Malaysia.
Sebanyak 4 kategori utama dipertaruhkan iaitu MSBK 1000, MSBK 600, MSBK 250 dan MSBK 150. Peraturan keselamatan dan beberapa kelas lain akan diumumkan kelak. Buat masa ini, jadual yang telah disediakan adalah seperti berikut;
Round 1 – 29 Julai sehingga 31 Julai 2022
Round 2 – 2 September sehingga 4 September 2022
Round 3 – 3 November sehingga 6 November 2022
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang, Azhan Shafriman Hanif walaupun dihalangi dengan pandemik tetapi penyertaan pasukan dan para pelumba telah mempamerkan aksi yang sangat cemerlang ketika saingan musim 2021 yang lalu. Selain itu, ia merupakan platform yang paling tepat dan bagus untuk mempamerkan bakat terbaik para pelumba Malaysia dalam sukan lumba dua motor dan mengharapkan lebih banyak penyertaan pada tahun 2022.
Suasana di mana para peserta bersorak di grandstand pastinya memberikan semangat kepada para pelumba untuk beraksi cemerlang sehingga ke garis penamat. Sebagai penganjur, keselamatan semua termasuk penonton menjadi keutamaan.
Menurut Pengarah Two Wheels Motor Racing, Ron Hogg, musim 2021 berjaya menarik perhatian para peminat walaupun terpaksa disingkatkan. MSBK menyaksikan penyertaan para pelumba terkenal dengan persembahan yang cukup memukau untuk setiap kategori yang dipertandingkan dan harap dapat mengulanginya pada musim 2022. Pada masa yang sama, penganjur berharap dapat menyediakan persekitaran yang menyenangkan untuk menyambut para pelumba dan peminat serta memberikan pengalaman baharu kepada para pelumba sedia ada.
* Untuk maklumat lanjut, hubungi Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd +603 – 8733 8787.