Triumph merancang untuk memberikan penampilan yang lebih segar untuk barisan Tiger dengan menambahkan tiga lagi pilihan warna baharu; Caspian Blue dan Matte Graphite, Sandstorm, Graphite dan Baja Orange. Kesemua pilihan warna baharu ini bakal berada di pasaran pada Julai ini untuk model tahun 2023. Siri Tiger ini menawarkan 4 model; Tiger 660, Tiger 850, Tiger 900 dan Tiger 1200. Warna-warna pilihan tambahan tadi boleh didapati untuk Tiger 900 GT, GT Pro, Rally dan Rally Pro, juga Tiger 850 Sport.
Bermula dengan Tiger 850 Sport, warna pilihan baharu untuk barisan ini adalah Graphite dan Baja Orange. Warna oren ini menyerlahkan lagi aksen yang mana sebelum ini didominan oleh warna kelabu. Triumph memilih untuk mewarnakan bahagian tepi fender hadapan dan juga sebahagian fairing hadapan.
Seterusnya, model Tiger 900 GT dan GT Pro yang diwarnakan biru yang digelar Triumph sebagai Caspian Blue. Berbanding tampil hanya sebagai sebahagian, akhirnya ia diwarnakan hampir di seluruh panel badan Tiger ini. Akhir sekali, pilihan warna untuk motor yang menumpukan jalan lasak iaitu Tiger 900 Rally dan Rally Pro di mana kemasan warna ini dipanggil sebagai sandstorm yang hampir sama dengan warna Khaki tetapi lebih kepada kuning air. Selain itu, ia dikemaskan lagi dengan warna hitam, putih dan silver pada bahagian tangki juga fairing.
Kesemua pilihan warna terbaharu ini menambahkan lagi pilihan standard sedia ada untuk dipilih pelanggan iaitu Pure White, Sapphire Black, Matte Khaki Green, Graphite dan Caspian Blue, Graphite dan Diablo Red yang ada pada barisan model Tiger 900 dan Tiger 850.
Sumber : Rideapart