Kenji “Katsu” Katsumoto, bermula dari mengubahsuai kustom motor-motor Harley Davidson kepada ‘pembina’ yang diraikan apabila dianugerahkan sebagai Best Café Racer menerusi motor kustom Moto Guzzi V11 Sport Scura di salah sebuah acara Mooneyes di Jepun. Walaupun begitu, peranan utama Katsu Motorworks ini masih belum puas dan terus memburu sesuatu yang boleh memberikan kepuasan khususnya untuk hasil kreativitinya.
Terbaharu, hasil ciptaan beliau ialah Motor Guzzi Griso 1100 yang sama sekali berbeza haluannya. Pemiliknya pula bukan sekadar seorang peminat café racer dan streetfighter fan, tetapi juga meminati kepantasan. Dengan 87hp dan 65.6 lb-ft, motor ini tidaklah sepantas dari bentuk stoknya. Katsu pula tidak berniat untuk bermain dengan bahagian dalaman enjin. Jadi, cara terbaik untuk mendapatkan kelajuan ialah dengan mengurangkan berat kering Griso ini.
Fukuoka, salah seorang ‘pembina’ yang berasal dari Jepun telah membuka motosikal ini sebelum memasangnya semula. Kali ini, Katsu memastikan ia tampil lebih langsing dan cantik serta memilih gaya aluminium origami dan hiasan yang minimum. Pemiliknya juga memberitahu Katsu untuk tidak mengecat bahagian panel badan yang mana menyerlahkan kehalusan kerja-kerja metal Katsu.
Bermula dari tangki minyak sehingga bahagian ekor belakang, keputusan itu memberikan ruang untuk Katsu mempamerkan daya kreativiti dan kerja tangannya. Pemenang anugerah Mooneyes itu tidak mampu membiarkan projeknya tanpa warna dan mengarahkan The House of Kolor untuk mengecat bahagian rangka dan roda dengan warna candy burgundy.
Motor ini dilengkapi dengan kaliper Brembo, Griso 1200 hadapan boleh laras sepenuhnya, disk Pro Brake serta tayar Michelin Power GP. Diikuti sistem ekzos besi tahan karat di bahagian sisi, meninggalkan V-twin dan shaft drive terdedag sepenuhnya. Macam mana? Kreatif tak hasil tangan Katsu?
Sumber : Rideapart