Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Pelan Pembayaran Mudah Tanpa Faedah, Sasar Jualan Sebanyak 15 Unit Sebulan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-05-26
in BULETIN, UTAMA
0


Ekoran kejayaan kerjasama kenderaan dua roda pertamanya lebih enam bulan lalu, Dreamshop, platform e-dagang pertama di Malaysia dengan kategori automotif, mengumumkan satu lagi kerjasama yang pasti mengujakan bersama jenama unik dan ikonik, Royal Enfield!

Dreamshop, platform yang menempatkan lebih dari satu bilion produk mengumumkan kerjasama jenama automotif pertamanya pada Oktober tahun lepas – jenama skuter mewah dari Itali, Vespa. Rosalie Lin, Ketua Pegawai Eksekutif Pemasaran DCR, syarikat induk Dreamshop berkata, “Kolaborasi bersama Vespa adalah salah satu cara kami bagi merealisasikan impian pelanggan menjadi kenyataan.

Kemudahan dalam talian yang menyenangkan dan Pelan Pembayaran Mudah 0% daripada 10 bank utama terbukti menjadi formula kejayaan dengan sejumlah 50 unit Vespa yang telah berjaya dijual.”

“Oleh itu, kami amat teruja memperkenalkan satu lagi jenama ikonik dengan warisan tersohor kepada pelanggan kami di Dreamshop, Royal Enfield yang Baharu dan Klasik yang mempunyai peminatnya sendiri di Malaysia. Kami percaya dengan jalinan kerjasama bersama Didi Group, pengedar rasmi jenama Royal Enfield di Malaysia dan Maybank, Dreamshop bakal menjadi platform ideal bagi pelanggan membeli model Royal Enfield baharu mereka,” tambah Lin.

Dreamshop bekerjasama dengan sepuluh (10) bank utama dalam menawarkan pembelian yang menyenangkan dengan Pelan Pembayaran Mudah 0% sehingga 36 bulan termasuk Malayan Banking Bhd (Maybank), United Overseas Bank (M) Bhd, CIMB Bank Bhd, HSBC Bank Malaysia Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Public Bank Bhd, RHB Bank Bhd, AmBank (M) Bhd, Standard Chartered Bank dan OCBC Bank (Malaysia) Bhd. Pelanggan boleh menikmati tawaran tambahan seperti:

30 ahli kad Maybank Premium pertama akan mendapat barangan Royal Enfield percuma bernilai RM300, kad Touch ‘n Go percuma bernilai RM300 dan DISKAUN 15% untuk barangan Royal Enfield.
30 pelanggan pertama selain pemegang kad Maybank Premium akan menikmati kad Touch ‘n Go percuma bernilai RM200.
*Tertakluk kepada terma & syarat

Lima model jenama ikonik yang boleh dimiliki di Dreamshop:.

1) Royal Enfield Classic 350 @ Harga serendah RM 699 sebulan
2) Royal Enfield Meteor 350 @ Harga serendah RM 723 sebulan
3) Royal Enfield Interceptor 650 @ Harga serendah RM 984 sebulan
4) Royal Enfield Himalayan 411 @ Harga serendah RM 877 sebulan
5) Royal Enfield Continental GT 650 @ Harga serendah RM 1,038 sebulan
*Harga yang dinyatakan di atas hanya di Semenanjung Malaysia, harga jualan tanpa insurans.

Bersempena dengan kerjasama ini, Royal Enfield menganjurkan acara eksklusif buat pemegang Ahli Kad Premium Maybank pada 22 Mei 2022 yang menyaksikan rombongan 1,000 penunggang motosikal bersama Royal Enfield mereka. Acara ‘The Distinguished Gentleman’s Ride’ telah diadakan di The Gasket Alley, Petaling Jaya dengan tema ‘Ride for a Purpose’.

Acara ini diadakan pada hari yang sama di seluruh dunia dengan objektif meningkatkan kesedaran tentang isu kesihatan lelaki seperti kanser prostat, kesihatan mental dan program pencegahan bunuh diri. Ahli Kad Premium Maybank yang menghadiri acara itu dapat melihat lebih dekat model Royal Enfield terbaharu dan menyemak mata ganjaran Maybank serta beramah mesra dengan peminat Royal Enfield yang lain.

Untuk maklumat lanjut atau untuk mendapatkan Royal Enfield anda sendiri, layari www.dreamshop.com.my hari ini!

Previous Post

Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia FIM Bakal Berlangsung Minggu Ini!

Next Post

Tiga Pilihan Baharu, Bakal Berada Di Pasaran Julai Ini

Next Post

Tiga Pilihan Baharu, Bakal Berada Di Pasaran Julai Ini

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved